Welcome To My Blog ! Follow me or go Home ?


MY WORLD (DUNIA SAYA)


Buah Jambu Batu (Guava)
Friday 26 December 2014 | 03:02 | 0 Comments





Jambu biji mungkin semakin kurang dikenali sekarang kerana pokoknya jarang ditemui. Malah jika ditemui sekali pun, ramai sekarang sudah tidak suka memakannya. Tidak seperti dulu di mana ianya dijadi sebagai makanan buahan harian. Betapa ruginya kerana buah jambu biji ini sebenarnya mengandungi banyak khasiat dan manfaat kesihatan kepada diri kita.

Jambu biji atau dalam bahasa latinnya Psidium guajava hanya popular ketika penyakit demam berdarah merebak. Padahal, buah jambu biji yang kaya dengan vitamin C ini mempunyai banyak khasiat kesihatan yang belum banyak diketahui orang.

Antara 10 khasiat buah /daun jambu biji ialah:

1. Mencegah kanser

Jambu biji mengandung antioksidan pelawan kanser, likopen. Likopen dalam jambu biji lebih mudah diserap tubuh berbanding yang berasal dari tomato kerana perbezaan dalam struktur selnya. Konsumsi likopen yang cukup sangat berpengaruh pada penurunan risiko kanser prostat pada lelaki. Semua jenis jambu biji mengandungi antioksidan yang tinggi, terutama pada jambu biji berdaging merah.

2. Menurunkan hipertensi
Jambu biji adalah buah yang sebaiknya rutin diambil jika anda ingin menghindar dari serangan jantung. Buah ini menjadi hipoglikemik di alam dan kaya dengan serat yang bermanfaat untuk menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol. Selain itu, jambu biji berukuran sedang boleh mencukupi 20 peratus keperluan harian tubuh akan potasium. Kajian juga menunjukkan rutin mengambil potasium boleh menurunkan tekanan darah.

3. Mengubati cirit-birit
Tanaman jambu biji mempunyai astringen, bahan kimia yang akan menyusutkan rangkaian tubuh. Ini sebabnya gusi akan terasa lebih keras dan segar setelah kita mengunyah jambu biji. Selain itu daun jambu biji juga mengandung zat antibakteri sehingga boleh menghalang pertumbuhan bakteria saat terkena disentri. Pembunuh bakteria lain dalam buah ini adalah karetinoid, vitamin C dan potasium.

4. Batuk dan selsema
Daun jambu biji yang dimakan mentah atau buah yang masih mentah yang dibuat jus dipercayai secara turun temurun sebagai ubat mengatasi batuk dan selsema. Ramuan ini daun jambu juga mempunyai khasiat kesihatan bekerja dengan cara mengurangkan pembentukan lendir serta membuat saluran pernafasan tidak jangkitan. Buah jambu biji juga kaya dengan vitamin C dan zat besi yang berkesan untuk menghalang jangkitan virus selsema.

5. Merawat kulit
Kandungan astringet dalam jambu biji akan meningkatkan tekstur kulit dan memejalkan kulit yang mulaikendur. Bukan hanya itu jambu biji juga mengandung vitamin A, C dan potasium yang mempunyai fungsi sebagai antioksidan. Nutrisi ini akan membantu proses detoksifikasi dan menjaga kulit tetap sihat serta tidak keriput.

6. Mencegah sembelit
Kandungan serat yang tinggi dalam jambu biji berkesan untuk mencegah sembelit atau konstipasi. Buah jambu biji saiz sedang mengandung 36 peratus keperluan serat yang disyorkan. Selain itu, biji buah ini juga menjadi laksatif yang ampuh yang berfungsi untuk membantu membersihkan sistem pembuangan usus.

7. Diabetes
Menurut kajian yang dilakukan pada tikus, baik buah-buahan dan daun jambu biji boleh membantu menurunkan kadar gula darah.

8. Menurunkan berat badan
Buah ini mempunyai komponen-komponen yang diperlukan untuk menurunkan berat badan, contohnya serat, protein dan vitamin. Buah ini juga membuat perut terasa lebih kenyang. Jambu biji berukuran sedang yang diasup saat makan siang sudah cukup untuk mengganjal perut sampai makan malam.

9. Sariawan perut
Vitamin C yang terkandung dalam jambu biji empat kali ganda lebih tinggi berbanding dengan vitamin C yang terdapat dalam limau. Selain itu, buah ini juga menjadi ubat yang ampuh untuk sariawan perut, penyakit yang bertanda gusi bengkak dan berdarah.

10. Merawat gigi
Pengambilan jus jambu biji untuk merawat gusi, mengatasi gusi bengkak dan berdarah.


Sumber dari :
#MakananSunnah
#SunnahFoods
#TheJajanSunnah
#AlsarLegacy


Petua Menghalau Lalat Di Dapur
| 02:50 | 0 Comments

Pilihan1: Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.

Pilihan 2: Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.

Pilihan 3: Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yang berada di meja makan anda.

Pilihan 4: Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet, dapur memasak atau tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan.

Pilihan 5: Ambil 2 batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.

Sumber: cari forum


Khasiat Asam Jawa ( Tamarind)
| 02:43 | 0 Comments


1. Sakit Tekak

- Campurkan asam jawa, segelas air suam dan gula. Minum sedikit demi sedikit. Amalkan sehingga sembuh

2. Merawat Luka Jahitan

- Bagi menyembuhkan luka jahitan bersalin dengan cepat, ambil seketul asam jawa dengan sedikit air. Campurkan dengan air panas. Biarkan sehingga suam sebelum membasuh tempat luka jahitan. Amalkan setiap kali mandi. Jahitan akan cepat kering.

3. Turunkan berat badan

- Air asam jawa elok di amalkan setiap hari untuk membuang lemak dalam badan dan memberi kesegaran tubuh dengan cara ambil sebuku asam jawa dan ramas dalam segelas air. Amalkan selepas makan tengah hari dan makan malam.

4. Mencerahkan kulit

- Buah asam dapat digunakan sebagai lulur yang berfungsi mencerahkan warna kulit Anda. Caranya adalah dengan melarutkan buah asam jawa ke dalam air panas dan ditambah serbuk kunyit. Gunakan air asam tersebut untuk luluran dengan digosok-gosok perlahan di permukaan kulit. Bilas hingga bersih. Kulit akan terlihat lebih bersih dan cerah.

5. Menghilangkan parut pada wajah

- Bancuh asam jawa bersama sedikit air sepekat yang mungkin dan tampal keseluruh muka. Biarkan ianya mengering barulah dicuci muka menggunakan air bersih.

atau

- Campurkan pes asam jawa bersama minyak zaitun. Sebatikan kemudian sapulah ke kulit wajah. Biarkan selama 15 minit barulah dibasuh menggunakan air suam panas supaya terbuka pori-pori wajah. Kemudian bilas pula menggunakan air yang sedikit sejuk supaya pori wajah tertutup kembali. Lakukan rawatan selama 3 kali seminggu.

6. Penjagaan suara

- Bancuh asam jawa bersama segelas air. amalkan dengan meminum airnya setiap hari.

Sumber:

#petua #mentariminda #bernamaradio24


Khasiat Bawang Merah
| 02:29 | 0 Comments


Khasiat Bawang Merah 

1. Mengubati penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman, seperti masuk angin, sembelit dan masalah cacing.

2. Walaupun bau bawang merah tidak menyenangkan tetapi sebenarnya bawang merah sangat baik untuk memperbaiki sistem pernafasan.

3. Jika anda mempunyai bisul, sapukanlah bisul anda dengan bawang merah kerana bawang merah dapat membantu meredakan bengkak pada bisul anda.

4. Baik untuk rambut

Jangan terkejut, kerana bawang merah bukan hanya sebagai penyedap masakan, tetapi turut bermanfaat untuk kecantikan. Salah satunya, untuk rambut kerana bawang merah mengandungi pelbagai nutrisi termasuk sulfur yang membantu menyuburkan rambut serta menghentikan rambut rosak.

Selain itu kandungan bawang merah juga aktif sebagai anti bakteria yang berupaya untuk mencegah kelemumur. Gunakan jus bawang merah pada kulit kepala sambil mengurutnya. Cara ini boleh membantu meningkatkan perjalanan darah dan memberikan efek positif terhadap pertumbuhan rambut.

5. Mencerahkan kulit wajah & menghapus bintik hitam

Bawang merah mengandungi asid semulajadi yang boleh mencerahkan kulit. Bintik-bintik hitam pun boleh dihilangkan dengan bantuan si bawang merah. Caranya mudah sahaja. Hiris bawang bentuk empat segi kecil, sapukan getah bawang merah pada bahagian bintik-bintik hitam. Biarkan selama 10 minit dan bilaslah dengan air bersih. Lakukan pada setiap hari sehingga bintik-bintik hitam tersebut hilang.

6. Meredakan kesakitan

Bawang merah juga boleh mengubati penyakit ringan seperti kuman di dalam mulut, meredakan radang otot dengan cara mencampurnya dengan minyak kelapa dan digunakan untuk mengurut.

Sumber:

#mentariminda #bernamaradio24

Jagung Dan Kebaikannya.
Sunday 12 October 2014 | 19:05 | 0 Comments





Jagung Merupakan tanaman terpenting di dunia, tanaman yang turut dikenali dengan nama Botaninya Zea Maysl ini berasal dari Amerika Tengah. Dikenali juga dengan nama Corn dan Maize. Jagung adalah tanaman pangan dunia yang terpenting selain gandum dan padi.

Jagung bukan sahaja sedap dimakan, namun ia juga sebagai sumber karbohidrat utama di Amerika Tengah dan Amerika Selatan, Selain dimakan, jagung juga turut digunakan tuntuk tujuan lain seperti di jadikan minyak, tepung dan antara bahan farmasi. Setiap bahagian pada jagung seperti isirung, batang buah, bulu turut mempunyai kegunaan dan khasiat ubatannya yang tersendiri.

Banyak khasiat yang boleh didapati daripada buah jagung. Ini kerana jagung kaya dengan protein, kalsium, fosforus dan zat besi dan sejenis minyak yang bermutu tinggi yang baik untuk kesihatan. Jagung juga mempunyai vitamin B (thiamin, vitamin B6, niasin, riboflavin dan folat). Selain itu, jagung juga mempunyai vitamin A dan vitamin E.

Pelbagai kebaikan boleh diperoleh apabila seseorang itu memakan jagung dalam kuantiti sederhana. Jumlah serat yang tinggi dalam jagung dikatakan mampu merendahkan tahap Kolesterol dan juga mengurangkan risiko kolon kanser. Jika diambil dalam kuantiti sederhana, dikatakan jagung memberi kebaikan kepada mereka yang mengalami masalah diabetis

Folat yang tinggi dalam jagung dikatakan mampu membantu menghasilkan sel sel baru yang amat penting terutamanya sebelum dan semasa hamil. Bagi mereka yang menderita masalah anemia, apabila memakan jagung dikatakan menunjukkan kesan positif daripadanya. Asid pantothenik yang hadir dalam jagung juga dikatakan mempu membantu dengan fungsi fisiologi tubuh. Kehadiran thiamin dalam jagung pula dikatakan mampu membantu metabolisme karbohidrat. Selain itu, jagung juga dikatakan berguna untuk membantu masalah buah pinggang termasuklah masaalah berkaitan ginjal yang tidak berfungsi dengan baik.

MERAWAT MASAALAH KENCING TERLALU KERAP

Amalan memakan jagung boleh menguatkan gigi, tulang, rambut dan hati. Ia juga boleh menurunkan tekanan darah dan kandongan gula dalam darah, melancarkan pengaliran darah serta melawaskan kencing. Jagung dan produk jagung seperti emping, minyak, tepung dan kanji amat baik dimakan oleh mereka yang menghadapi masaalah ketika membuang air kecil seperti kencing yang tidak dapat ditahan, kencing terlalu kerap, sakit ketika kencing dan radang pundi kencing.

Kulit jagung pula berkesan untuk mengatasi mesulitan ketika membuang air kechil. Bulu jagung yang halus meransang serta melawaskan kencing, menguatkan hati dan menurunkan tekanan darah. Caranya dengan merebus semangkuk bulu jagung bersama dua gelas air. Biarkan airnya medidih sehingga menjadi kira kira satu gelas kemudian diminum dua kali sehari. Kulit dan bulu jagung juga digunakan untuk mengubati kudis atau luka yang bernanah. Kulit dan bulu halus jagung itu ditumbuh halus sebelum ditampal pada kudis dan biarkan hingga kering. 

Pengambilan kerap jagung dalam kuantiti yang sederhana dikatakan berkait dengan kesihatan jantung yang baik. Betakriptoxanthin dalam jagung dikatakan baik untuk kesihatan paru paru dan dikatakan boleh membantu mencegah kanser paru paru. Serat yang boleh larut dalam jagung dikatakan baik untuk mereka yang menderita masaalah pencernaan seperti sembelit dan buasir.

Bagi mereka yang mengalami masaalah Edema, boleh lah merebus batang buah jagung (dimana isirungnya perlu dibuang terlebih dahulu) dalam periuk berisi air selama sejam. Tapis air rebusan ini dan sejukan terlebih dahulu sebelum diminum sebanyak dua hingga tiga cawan sehari sehinggalah masaalah edima itu sembuh.

RAWAT MASAALAH CIRIT BIRIT

Untuk tujuan melegakan kegatalan ringan berikutan dengan gigitan serangga , gunakan pula jagung tepung. Carnya adalah dengan mencampurkan tepung ini dengan air dan jadikan sebagi adunan yang ditampal pada kulit selama beberapa minit. Dalam kes berkaitan kegatalan yang disebabkan cacar air tambahkan tepung jagung kedalam air mandi. Berendam selama 15 minit didalam air ini dikatakan mampu mengurangkan iritasi yang disebabkan oleh penyakit ini buat sementara waktu.

Tepung jagung juga dikatakan berkesan untuk menghentikan cirit birit dalam masa beberapa jam. Caranya mudah iaitu dengan memasukkan satu hingga dua sudu teh tepung ini kedalam air sejuk yang sebelumnya telah dimasak, kemudian diminum airnya. Jika anda melancung kenegara dimana air, buah dan sayurannya boleh menyebabkan masaalah ini bawalah sedikit tepung jagung sebagai bekalan kecemasan.

Jika fungsi buah pinggang anda lemah atau berkurangan, rendam sejumlah bulu jagung didalam air mendidih. Biarkan ia direndam selama 20 minit sebelum ditapis dan diminum. Campurkan satu sudu madu dalam air ini sebelum diminum.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan jagung, namun begitu kegunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan dikemudian hari.

Petikan dari majalah Wanita


Kelebihan Ayat Kursi
Friday 19 September 2014 | 20:42 | 0 Comments


Kelebihan Ayat Kursi

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”

Mohon Share :D
Sumber: http://www.one-ummah.net/



Kelebihan Surah Al Mulk.
| 20:27 | 0 Comments


Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Di antara kelebihan Surah ini ialah:

1. Surah ini akan menjadi penyelamat.

2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.

3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).

4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).

5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

.

.
Fadhilat Dari Hadis

Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:

.

1. Mendapat Syafaat

Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”

Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.” 

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” 

Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”

.

.

2. Menyelamatkan daripada seksa kubur

Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi hukuman. Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.

Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.

.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.” 

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.” 

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”. 

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.” 

Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.” (HR At-Tarmizi)

.

.

3. Hati Beriman

Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”

.

.

4. Mendapat Keistimewaan

Saiyidina ‘Ali berkata: “Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.” 

Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.” 

.

.
Khasiat Ayat Dari Surah Al-Mulk

Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain. Diantaranya:

.

1. Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk
أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ ﴿١٤

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!

1. Dipandang hebat dan berwibawa.

2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.

3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.

4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.

5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.

6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.

7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:

a. Solat hajat.

b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.

c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.

.

.




2. Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk

قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ ﴿٢٣

Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.

.

- Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya.

.

.

Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan.

.
Sumber dari : Bersama Dakwah Tegakkan Islam. Mohon share :D


Past