Akibat Bermain Biji Saga.
Sunday, 19 February 2012 | 22:29 | 0 Comments
Assalamualaikum kawan2.Kawan2 pernah tengok biji saga ke?Mesti ramai yg tahu kan.Hari ni saya nak cerita pengalaman sewaktu kecil.Ceritanya begini,masa saya kecil saya suka kutip biji saga di sekolah.Masa tu umur saya 7 tahun.Lepas saya kutip biji2 saga,saya akan simpan dlm bekas plastik.Biji2 saga itu biasanya boleh dibuat batu seremban.Carilah kain dan letak biji saga sikit dan jahit kain itu.Warna biji2 saga ialah merah menyala.
Malang tidak berbau,masa tu saya sedang bermain dgn biji saga dan adik saya yg bongsu juga tertarik dgn warna biji2 saga itu.Kami pun bermain dgn biji2 saga tersebut.Masa tu adik saya berumur 2 tahun.Dia bermain sambil baring dan satu biji saga telah termasuk ke dalam hidungnya.Saya cuba bantu adik utk mengeluarkan biji saga dari hidungnya.Saya menyuruh adik menghembus dgn kuat tetapi biji saga itu tidak keluar juga.Saya rasa amat bersalah.Saya mendiamkan diri kerana adik saya tidak menangis.Setelah dua hari,mak saya mendengar bunyi nafas adik agak pelik sikit.Emak bertanya kepada saya apa yg telah terjadi kepada adik.Lalu saya pun ceritakan hal yang sebenar.
Emak terkejut dan saya dimarahi.Emak terus membawa adik ke hospital.Selepas diperiksa oleh doktor ,adik saya terpaksa di bius utk mengeluarkan biji saga itu.Memang sakit kalau tidak dibius.Dari hasil x-ray yg di buat doktor melihat biji saga itu telah berakar.Memang bahaya kalau dibiar.Biji saga itu berakar kerana rongga hidung manusia memang lembap.Setelah adik dibius doktor menggunakan sejenis alat yg halus utk mengeluarkan biji saga itu.Akhirnya biji saga itu berjaya dikeluarkan.Memang benar kata doktor biji saga itu telah berakar.Kalau mak lambat membawa adik ke hospital dah tentu adik dah tiada.
Ini adalah kesalahan saya sendiri.Jika saya tidak membawa pulang bji saga itu ke rumah,tentu perkara ini tidak berlaku.Saya rasa bersalah dan amat kesal.Nasib baik adik sihat dan ceria kembali.Saya bersyukur kepada Allah kerana telah selamatkan adik saya.
Jika berlaku sesuatu kepada adik,tentu saya tidak dapat memaafkan diri saya.Itulah kesan bahaya bermain biji saga.Saya berjanji tidak akan bermain dgn biji saga lagi.
Sampai disini cerita saya.Sekian.