Welcome To My Blog ! Follow me or go Home ?


MY WORLD (DUNIA SAYA)


Banjir.
Saturday, 25 February 2012 | 23:46 | 0 Comments
Assalamualaikum kawan2.Semoga kawan2 sihat dan ceria selalu.

Tajuk blog saya hari ini ialah 'Banjir'.Cerita pasal banjir ini mengingatkan saya ketika kecil dulu.Waktu umur saya tujuh tahun rumah saya dilanda banjir.Dulu saya tinggal di Puchong batu 6.Rumah saya berdekatan dengan sungai.

Pada malam tu hujan turun dengan lebat sekali.Paras air sungai naik mendadak.Saya dan adik2 sedang tidur nyenyak.Malam tu memang sejuk dan di luar masih lagi hujan.Emak dan ayah risau sebab jiran2 beritahu air sungai dah naik.Mungkin tak lama lagi banjir melanda.Ayah saya meninjau keluar dan melihat air semakin meningkat.Semua orang mengemas dan mengangkat barang2.Emak menyimpan dokumen penting di dalam beg tangan.Emak saya meletak barang2 di loteng.

Air naik dengan cepat,ayah dan emak tidak sempat mengangkat peti ais dan beberapa perabut yg berat.Air banjir masuk ke dalam rumah.Emak menyuruh kami naik ke atas katil.Saya melihat air dah penuh di dalam rumah.Ayah dan emak membawa kami keluar dari rumah.Saya terpaksa meredah air banjir yg kotor.

Emak dan ayah membawa pakaian,dokumen penting dan beberapa barang yg penting.Saya sempat membawa buku sekolah .Kami menuju ke kawasan sekolah.Nasib baik kawasan sekolah tidak tenggelam.Semua orang terpaksa tinggal di dewan sekolah.Pihak kerajaan memberi bantuan makanan dan pakaian.Kami juga diberi air yang bersih untuk minum.Jabatan air juga menghantar lori air untuk kemudahan semua orang.Kami bersyukur kerana selamat.Memang perit rasanya bila kita berada disituasi begini.Masa tu saya masih kecil dan tidak tahu apa2.

Semua orang tidur di dewan.Keadaan memang sesak dengan orang.Saya tidak suka tinggal disitu.Keesokannya air semakin surut.Kami boleh pulang setelah air surut.Ayah membawa kami pulang ke rumah.Saya terkejut melihat keadaan rumah yang penuh dengan lumpur.Emak sedih melihat keadaan rumah.Banyak perabut yg rosak dan tikar getah juga rosak.Barang2 yg sempat simpan diloteng masih elok.

Emak dan ayah pasrah dengan apa yang berlaku.Kami mencuci rumah dan membuang barang2 yg rosak.Jiran2 juga sibuk mencuci rumah masing2 .Saya melihat ada juga bangkai binatang di luar rumah.Ayah menyodok lumpur yg tebal.Emak menggunakan hos yg panjang untuk mencuci rumah.Terpaksa mencuci berkali2 kerana lumpur itu melekat di lantai dan dinding rumah.Kesian saya melihat ayah dan emak.Kami semua penat mencuci rumah.

Inilah pengalaman saya yg tidak dapat dilupakan.Saya sudi berkongsi cerita ini dengan kawan2.Sekian.Wassalam.

Past | Future