Welcome To My Blog ! Follow me or go Home ?


MY WORLD (DUNIA SAYA)


Hampir Di Patuk Ular Tedung.
Monday, 13 February 2012 | 00:51 | 0 Comments
Assalamualaikum.Apa khabar kawan2?Cerita ni memang benar dan dialami oleh adik lelaki saya.Memang bahaya kalau ular berada di depan kita.Apakah yg.kawan2 buat kalau terserempak dgn.ular yg.berbisa?Adakah kawan2 akan menjerit atau kaku kerana panik?Situasi ini lah yg.dialami oleh adik saya.

Cerita ni berlaku semasa dia masih bersekolah menengah.Adik saya tinggal di kampung bersama atuk dan nenek.Kampung atuk di Perak,Kampung Manjoi.Tak silap saya masa tu dia nak mandi.Dulu bilik air di luar.Adik saya tolaklah pintu bilik air.Dia pun melangkah masuk dan tiba2 ada seekor ular di dlm.bilik air.Saya pun tak berapa ingat jarak ular tu dgn.adik saya.Ular tu memang jenis berbisa dan berwarna hitam.

Nasib baik adik saya jenis tak cepat panik.Adik saya pun perlahan2 berundur ke belakang supaya dapat keluar dr.situ.Adik saya berundur hingga ke pintu bilik air,dan akhirnya dia dapat keluar dari situ.Adik pun terus beritahu kepada atuk.Atuk pun keluar dan ingin melihat adakah ular tu masih ada.?Rupa2 nya ular tu dah keluar.Lagi pun bilik air tu dindingnya zink aje.Sebab tu di boleh keluar dgn.senang.

Nasib baik tak berlaku kejadian yg.tidak diingini.Adik saya menelefon dan menyampaikan kepada mak.Mak sangat terkejut dgn.kejadian itu.Kami bersyukur adik selamat.Atuk saya juga dah banyak kali terserempak dgn.ular.Dia cuma diam dan tak nak kecoh kepada cucu-cucunya.Atuk memang melarang cucu2 nya bermain di semak samun.

Sampai di sini yg.dapat saya tulis.Semua org.ada pengalaman hidup masing2.Allah yg.menentukan segala-galanya.Saya hanya dapat berkongsi cerita dgn.kawan2.Sekian.

Past | Future