Kena Ganggu Dengan Pontianak.
Thursday, 23 February 2012 | 21:43 | 0 Comments
Assalamualaikum.Kawan2 dok buat ape tu?Dah lunch ke?Tengok tajuk je dah seram kan.Tapi ini bukan cerita rekaan,tapi benar2 terjadi.Pak cik saya yg.pernah terserempak dgn pontianak.Di Malaysia org kita panggil 'Pontianak'.Di Indonesia orang sana panggil 'Kuntilanak'.
Pada suatu malam,hujan gerimis2 dan jalan yg dilalui oleh pakcik agak sunyi dan hanya ditemani hutan yg gelap.Jam tangan pakcik menunjukkan pukul 1 pagi.Pak cik mencari rezeki dengan membawa lori.Dia menghantar barang2 ke banyak tempat.Kali ini pak cik menghantar barang ke Kelantan di Gua Musang.Perjalanan memang jauh dari Kuala Lumpur ke Kelantan.Barang2 tu memang kena hantar segera.Kerja begini memang penat,tapi apa boleh buat nak cari rezeki.
Selepas barang2 dihantar,urusan pak cik pun selesai.Pak cik saya pun memandu untuk menuju ke Kuala Lumpur.Setelah beberapa jam memandu,dia melalui sebatang jalan yg kiri dan kanan hanya hutan je.Sekarang pak cik dah sampai ke Pahang.Dia meneruskan perjalanan dan tiba2 dia nampak kain putih yg panjang terbang ke arah lori.Rupa2 nya pontianak.Kainnya panjang dan menutup cermin depan lori.Allah Huakhbar.Pak cik terkejut dan melaungkan azan.Dia berhenti sebentar dan terus azan.Makhluk itu pun terus ghaib.
Syukur alhamdulillah.Makhluk itu tidak menggangu lagi.Pak cik saya meneruskan perjalanan dengan selamat.Kadang2 makhluk ini memang suka menggangu orang di waktu sunyi.Mungkin orang lain yang melalui jalan yg sama juga pernah diganggu.Memang agak seram kalau kita sendiri kena kacau.Kalau tak kuat semangat habislah.
Ini hanyalah cerita dan sebagai manusia kita tidak perlu takut kepada hantu tapi kita hanya takut kepada Allah sahaja.Sekian .Wasssalam.