Welcome To My Blog ! Follow me or go Home ?


MY WORLD (DUNIA SAYA)


Kisah Anak Derhaka.
Friday, 17 February 2012 | 01:15 | 0 Comments
Assalamualaikum kawan2.

Cerita ini memang banyak terjadi.Zaman sekarang anak2 dah tak menghormati org yg lebih tua.Di dalam surat khabar juga ada banyak kes anak derhaka.Contoh anak derhaka yg boleh kita tengok pada zaman ini ialah menghantar ibu bapa ke rumah orang2 tua,anak yg membunuh ibu bapa ,anak yg menipu dan mengambil tanah atau rumah ibu bapa kerana hutang dan banyak lagi.

Sebenarnya pengorbanan ibu bapa dan jasa mereka tidak terkira nilainya.Semasa kita dilahirkan di muka bumi ini ,ibu bapa kita lah yg menjaga dan mendidik kita.Pengorbanan dan jasa mereka tidak terbalas.Mereka telah memberi kita didikan dan kasih sayang.Kenapa kita tidak nampak jasa mereka?

Ibu saya ada menceritakan kisah sedih seorang ibu yg di seksa oleh anaknya.Si anak di beri pendidikan dan kasih sayang.Sewaktu kecil Azlan(bukan nama sebenar)ialah seorang anak yg baik dan patuh kepada ibu dan bapanya.Hari demi hari Azlan meningkat remaja.Ayahnya meninggal kerana sakit jantung.Selepas ayahnya meninggal tangungjawab ibunya lebih besar.Ibu Azlan bekerja untuk menyara kehidupan mereka.

Semakin lama Azlan mula ponteng sekolah dan mula belajar menghisap rokok.Dia makin degil
dan selalu melawan cakap ibunya.Ibunya sangat sedih kerana anaknya berubah.Azlan mula berjinak2 dgn dadah.Dia mengambil wang ibunya untuk membeli dadah.Kadang2 dia memukul ibunya kerana tidak mahu memberi wang.Habis barang di dalam rumah dijual oleh Azlan.

Pada suatu hari Azlan terlibat dgn pembunuhan.Azlan ditangkap oleh polis.Ibunya sangat sedih.Inilah balasan Allah kepada Azlan kerana menderhaka kepada ibunya.Azlan menjadi penghuni penjara dan dia dijatuhi hukuman gantung.Kisah ini memang benar2 berlaku.Kisah ini elok kita jadikan iktibar.Janganlah kita menderhaka kepada ibu bapa.Sampai di sini saje yg dapat saya tulis.Sekian.....

Past | Future