Misteri Tangan Berbulu
Thursday, 16 February 2012 | 00:23 | 0 Comments
Assalamualaikum kawan2.Semoga kawan2 ceria selalu.Cerita yg.saya nak sampaikan ialah sebuah kisah benar.Cerita ni dialami oleh mak ngah saya.Masa tu,Mak Ngah saya menaiki bas bersama kawan2nya.Masa tu mereka dalam perjalanan nak pulang ke Kuala Lumpur.Mak Ngah dan kawan2nya baru balik dari
percutiaan.Jam menunjukkan pukul 1.00 pagi.Masa tu semua org.sedang tidur.Driver bas sedang memandu melalui sebuah jalan.Saya tak ingat di mana lokasi tu.Di kiri dan kanan hanya hutan dan gelap.Lampu jalan pun tak banyak.
Mak Ngah saya tak berapa lena tidur di dalam bas.Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati.Dia cuba untuk tidur tapi susah nak lelapkan mata.Dia pun menyelak langsir di dalam bas.Dia melihat ke arah tingkap untuk memastikan lokasi bas di mana.Dia berbisik di dalam hati
Bila nak sampai ni? Masa tu bas tengah laju ,tiba2 Mak Ngah saya ternampak ada tangan berbulu dan besar di tepi tingkap bas.Mak Ngah saya mengejutkan kawannya dan memberitahu mengenai tangan berbulu dan besar.Memang betul ada,keadaan menjadi kecoh dan semua org.di dalam bas menjadi takut dan mereka menjerit ketakutan.
Driver bas juga nampak tangan itu melalui cermin sisi.Yang peliknya dari mana tangan tu datang.Tangan yg berbulu hitam dan memang besar itu seperti nak memegang bas.Mak Ngah saya ni memang alim,dia menyuruh semua org membaca ayat kursi.Mereka membaca ayat kursi beramai-ramai
dan melaungkan azan.Selepas azan dilaungkan tangan berbulu itu pun hilang entah ke mana.Kejadian ini memang menyeramkan .Makhluk seperti jin memang ada di hutan .Nasib baik semua org selamat .Hanya dgn ayat suci Al-Quran yg bolh menyelamatkan kita.Allah itu maha berkuasa.
Driver bas meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.Mak Ngah saya memang kuat semangat.Dia juga pernah mengalami berbagai kejadiaan yg menyeramkan dan penuh misteri.Benda2 halus memang suka menganggu manusia.
Di hari lain saya akan ceritakan banyak kisah misteri .Tunggu je okey.Sekian....