Opah Tersayang.(tok)
Sunday, 12 February 2012 | 00:09 | 0 Comments
Assalamualaikum kawan2.Siapa yg.masih ada opah?Kawan2 sayang tak opah atau tok.Saya panggil tok aje.Tapi org.Perak panggil Opah(Grandmother).Tapi tok saya dah lama meninggal.Saya sayangkan tok saya.Hari ni saya nak tulis pasal tok saya.Arwah tok saya ni seorang yg.penyabar,penyayang,alim,pandai masak,suka menolong org ,kreatif
dan banyak lagi sifat baik yg.ada dlm.dirinya.Saya beruntung dapat tok macam ni.Arwah tok ialah idola saya.Arwah tok hanya sekolah pondok,tapi dia pandai menyara diri tanpa mengharapkan duit anak2.
Arwah tok saya sangat kreatif ,nak tahu tak dia pandai membuat hantaran org.kahwin.Hantaran
yg.dibuat oleh tok sangat cantik.Ramai yg.menempah hantaran dari arwah tok saya.Selain dari
itu arwah tok juga boleh membuat pelamin,kuih muih tradisional,dan mengubah bunga.Saya bukan nak cakap besar tapi arwah tok juga ada ambil tempahan dari keluarga di raja Perak.
Makanan tradisional yg.saya suka ialah halwa maskat.Saya ingat senang nak masak halwa maskat,
rupa2nya rumit juga nak masak halwa maskat.Proses nya lama.Saya sendiri pernah tengok dia masak halwa maskat.Nak tahu apakah rahsianya yg.membuat halwa maskat tu sedap.Rahsianya
ialah dia memasak dalam kuali tembaga.Kuali tembaga zaman dulu memang asli dan 100 peratus tembaga.Kuali tembaga memang berat dan sesuai utk.masak halwa maskat.
Arwah tok saya berasal dari Siam dan telah berhijrah ke Semenanjung semasa dia remaja.Saya juga ada belajar mengaji dari arwah tok.Dia selalu menasihati saya supaya belajar mengaji dan jangan tinggal solat.
Bagi saya arwah tok tiada gantinya.Dia ialah insan yg.sangat istimewa.Al Fatihah kepada arwah.
Sampai di sini saja yg.dapat saya tulis tentang arwah tok saya.Sekian.