Welcome To My Blog ! Follow me or go Home ?


MY WORLD (DUNIA SAYA)


Petua Orang Melayu.
Tuesday, 21 February 2012 | 01:15 | 0 Comments
Assalamualaikum kawan2.

Hari ini saya nak tulis pasal petua.Saya hanya nak meriahkan blog saya ni.Elok juga tulis tentang petua.Saya memang suka baca tentang petua.Tak kira lah petua sihat atau petua kecantikan,semua saya suka.Kalau petua yang bagus,saya akan cuba.Nenek moyang kita juga ada mengamalkan petua.Apa salahnya kita meneruskan amalan petua ini supaya generasi kita tidak melupakannya.

1.Petua Pulihkan Kulit Terbakar.

Mula2 parutkan jagung muda dan tomato,kemudian ambil patinya.Gaulkan dgn satu sudu madu.Selepas itu sapukan ramuan itu pada seluruh kulit yang terbakar.Biarkan selama 20 minit,kemudian bilaslah dengan air bersih.Lakukan sampai kulit pulih kembali.

2.Petua Mengekalkan Kecantikan.

Kalau mahu wajah sentiasa cantik,amalkan surah Yusuf setiap malam.Disamping itu,utk mengekalkan kecantikan,tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah,dibuat air mandi ataupun minuman.

Kalau nak cuba boleh juga.Hari ini saya tulis dua petua saje.Esok2 saya akan tulis lagi pasal petua.Okey lah sampai sini dulu.Sekian....

Past | Future