Welcome To My Blog ! Follow me or go Home ?


MY WORLD (DUNIA SAYA)


Alamak Toyol ....
Wednesday, 28 March 2012 | 22:44 | 0 Comments
Assalamualaikum kawan2.Apa khabar?Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca blog saya.
Wah,cerita hari ini ialah 'Toyol'. Ini bukan cerita rekaan,tapi memang benar dan dialami oleh emak saya.Yang saya tahu serba sedikit tentang toyol ialah:
-Bertubuh kecil.
-Mempunyai gigi yang tajam.
-Botak
-Mempunyai bentuk telinga tajam.
-Mata bulat dan merah.
-Tugasnya mencuri wang tapi dlm jumlah sedikit.
-Bentuk asal ialah seperti patung tapi dipuja oleh manusia durjana.

Pada suatu malam,emak saya sedang menonton tv di ruang tamu bersama keluarga.Hari pun dah lewat malam.Saya,ayah dan adik2 semua dah lena.Jam menunjukkkan pukul 1 pagi.Emak saya bangun untuk minum air.Selepas itu emak saya pergi ke beranda untuk mengambil tuala muka yg disidai di beranda.Semasa emak mengambil tuala muka,tiba2 dia ternampak kelibat seperti seorang kanak2 kecil yg sedang bermain di tepi longkang.Rupa kanak2 itu memang pelik kerana dia bertelanjang bulat,botak,mata terjojol sedikit dan mempunyai gigi yg tajam.

Kanak2 tersebut sedang melompat ke dalam air longkang dan keluar semula.Kemudian dia ulang perkara yang sama berulang kali.Air longkang itu dah lah kotor.Dalam hati,emak saya berkata,issh..tak kan pukul 1 pagi ni ada anak orang yg main longkang yg kotor.
Emak mula berasa seram dan dia terus mengejutkan ayah yg sedang tidur.Ayah saya masih mamai dan emak saya mengatakan ada toyol kat longkang.Ayah pun bangun untuk melihat di beranda.Memang betul makhluk itu ialah toyol.Nasib baik toyol itu tidak nampak ayah dan ibu yang sedang memerhatikannya.Lima minit kemudian toyol itu ghaib entah ke mana?

Ayah dan emak tidak pernah melihat makhluk seperti itu.Ini lah kali pertama mereka melihat toyol.Memang aneh,entah dari mana datangnya toyol tersebut.Kalau kita tidak pernah melihat kita tidak akan percaya cakap orang.Tapi bila kita sendiri yang alami,baru kita tahu.Di dunia ini bukan kita saja yg hidup.Makhluk2 lain juga ada menumpang,cuma alam mereka lain.Hanya Allah yang tahu segala-galanya.

Sebagai manusia,kita wajib percaya kepada Allah.Janganlah kita bersahabat dengan syaitan untuk mencari kesenangan.Jika kita jauh menyimpang,kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlambat.Sekian lah coretan saya untuk kali ini.Wasalam.

Past | Future