Welcome To My Blog ! Follow me or go Home ?


MY WORLD (DUNIA SAYA)


Berbagai Petua.
Saturday, 3 March 2012 | 20:38 | 0 Comments




Cermin Mata Berkilat.

Bagi anda yg bercermin mata boleh membersihkan cermin mata dgn menggunakan petua berikut.
Ambil sebiji limau nipis atau kasturi lalu dibelah dua.Kemudian gosokkan limau nipis pada kaca mata.Bilas dan lap dgn tisu atau kain.Pasti cermin mata anda bersih dan kilat.


Air Tapai Penawar Bisa.

Jika anda digigit lipan,sapukan air tapai pulut pada bahagian yg disengat.Insya-Allah,ia penawar yg mujarab.


Daun Pegaga Serikan Wajah.

Bagi mereka yg ingin wajah berseri,minum segelas air suam setelah bangun dari tidur dan makan sehelai daun pegaga segar setiap hari selama 40 hari.Insya-Allah,wajah anda akan berseri.


Air Kelapa Atasi Cirit-Birit.

Bagi mengatasi masalah cirit-birit,minumlah air kelapa.Ia bukan saja sesuai untuk orang dewasa,tetapi boleh diamalkan kepada kanak-kanak.Air kelapa juga penawar untuk berbagai penyakit.


Petua Hilangkan Bintik Putih.

Jika anda mengalami bintik putih pada wajah,ambil sedikit serbuk teh yg telah digunakan.Basuh dan gosokkan teh itu pada wajah.Kemudian bilas.Amalkan beberapa kali.Insya-Allah,bintik putih tidak akan kelihatan lagi.

Anda boleh cuba petua di atas jika mahu.I hope you all enjoy my blog.Sekian.Wassalam.

Past | Future