Welcome To My Blog ! Follow me or go Home ?


MY WORLD (DUNIA SAYA)


Khasiat Buah Acai Berry
Wednesday, 25 April 2012 | 07:13 | 0 Comments
Kajian Dari Pakar:

Kajian mendapati khasiat buah Acai berry mempu diserap oleh badan manusia. Malah, satu kajian makmal menunjukkan antioksida di dalam Acai berry mampu memusnahkan sel-sel kanser. Walau kajian awal menunjukkan keputusan memberangsangkan, saintis berpendapat masih banyak kajian perlu dijalankan terhadap buah Acai berry untuk mereka mengetahui dengan lebih lanjut khasiat yang ada padanya.

Acai berry adalah buah yang amat baik untuk kesihatan. Tetapi, ia banyak dikaitkan dengan usaha menurunkan berat badan dan anti-aging. Walaupun Acai berry dapat membantu kedua-dua ini, ia adalah disebabkan Acai berry mampu menolong memperbaiki kesihatan badan. Ini tidak hairan kerana berat badan ideal dan kekal muda kedua-duanya adalah kesan badan yang sihat.

Acai berry banyak diperkatakan di negara barat kerana khasiat yang ditawarkan. Ia pernah dibincangkan di rancangan Oprah, malah pernah diwartakan di Buletin Utama TV3.


Khasiat Acaiberry:
Khasiatnya telah diperakui oleh ramai pakar-pakar pemakanan terkenal dunia serta mendapat liputan-liputan yang meluas terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah. Kesan-kesan pemulihan semulajadinya telah banyak terbukti dan diperkatakan melalui testimoni-testimoni seluruh dunia dan kini Jus acaiberry mula bertapak di pasaran Asia untuk kita berkongsi bersama akan khasiat dan kehebatannya. Kajian menunjukkan ramai orang yang mengamalkan jus herba atau makanan tambahan yang lain akan bertukar dan beralih arah kepada jus Jus acaiberry setelah mula meminumnya.
Mengapa kita memerlukan Acaiberry?
Badan kita setiap hari terdedah kepada pencemaran udara dan makanan. Setiap kali itulah bahan-bahan pencemaran ini akan terkumpul dalam badan kita sedikit demi sedikit, dan membentuk radikal-radikal bebas yang membentuk pelbagai penyakit dalam badan kita. Jus acaiberry merupakan makanan tambahan yang menghasilkan unsur-unsur anti-oksida yang tinggi yang berupaya melawan, mengurang dan menyahkan radikal-radikal bebas dalam badan kita. Di samping itu, ia membekalkan nutrient-nutrient yang tinggi dan berkualiti yang tidak terdapat dalam makanan tambahan yang lain, untuk memberi dan membekalkan tenaga yang optimun untuk badan kita.

-Membantu dan merangsang Sistem Imun dan Metabolisma
-Membantu menghalang pembekuan darah
-Menjaga kolestrol yang baik dan mencegah penyakit jantung
-Membantu mengurangkan berat badan/melawan Obesiti
-Membaiki sistem penghadaman
-Mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan
-Memperbaiki penglihatan
-Menggalakkan tidur yang lena dan sihat
-Meningkatkan tenaga dan stamina
-Membina otot
-Mencegah dan merawat Alzheimer
-Mengandungi anti alergi
-Menurunkan tekanan darah
-Menggalakkan kitaran yang lebih baik
-Anti-penuaan dan radang
-Membaiki fungsi seks
-Membaiki penumpuan minda
-Amino acid/protein & menyerupai profil telur
-Anti oksidan yang tinggi dan berkesan
-Melawan radikal bebas
-Kaya dengan vitamin, mineral,fitonutrient dan lain

Past | Future