MANFAAT COKLAT GELAP UNTUK KESIHATAN
Monday, 30 April 2012 | 02:31 | 0 Comments
PENGAMBILAN COKLAT GELAP SEMAKIN MENINGKAT KERANA UMUM MENYEDARI TENTANG KHASIATNYA TERHADAP KESIHATAN.”CACAO” YANG MENGHASILKAN KOKO MERUPAKAN ANTIOKSIDAN YANG KUAT. KAJIAN PERUBATAN JUGA MENDAPATI PENGAMBILAN SEDIKIT COKLAT GELAP YANG BERMUTU TINGGI BOLEH MEMBERI KESAN KEBAIKAN KE ATAS TEKANAN DARAH DAN TAHAP KOLESTEROL, SETERUSNYA MEMBANTU MENJAUHKAN PENYAKIT JANTUNG.Menurut Dr. Dirk Taubert dari University of Cologne,Germany, coklat gelap dapat membantu merendahkan kadar tekanan darah. ”Memakan coklat gelap dapat membantu mengurangkan kadar tekanan darah anda – sekiraya anda mencapai tahap umur tertentu dan kadar tekanan darah anda juga sederhana,”ujar penyelidik tersebut. Walaupun begitu, beliau turut menekankan bahawa penurunan tekanan darah juga boleh dicapai sekiranya anda turut mengawal pengambilan kalori dan mengurangkan makanan yang mengandungi kadar lemak, gula dan garam berlebihan.
Kandungan unik coklat gelap boleh merangsang otak untuk mengeluarkan lebih banyak endorphin dan serotonin, iaitu bahan kimia yang memainkan peranan penting untuk memperbaiki emosi, tidur, memori dan mengurangkan stress. Pengambilan sedikit coklat gelap di antara waktu makan juga boleh membantu mengawal selera makan.
Antioksidan di dalam coklat gelap
Coklat gelap (susu coklat atau coklat bersusu) merupakan antara coklat yang mengandungi antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini membantu menyingkirkan radikal bebas dan molekul membahayakan yang boleh memberi kesan terhadap penyakit jantung dan penykit-penyakit lain.
Kajian mendapati bahawa kehadiran susu akan menghalang penyerapan antioksidan yang diperolehi daripada coklat ke dalam tubuh. Oleh itu ambil coklat gelap dalam kadar sederhana tanpa disusuli dengan minuman seperti susu agar penyerapan antioksidan ke dalam tubuh lebih berkesan.
Kajian tentang manfaat coklat ini telah dilakukan terhadap 6 lelaki dan 7 wanita berumur dalam lingkungan 55- 64 tahun yang telah didiagnosis menghidap tekanan darah tinggi sederhana. Di dalam kajian tersebut, setiap 2 minggu responden dekehendaki memakan 100 gram coklat dan diarahkan mengimbangi kalori yang diambil sebanyak 480 kalori dengan tidak memakan makanan lain yang mempunyai nutrient dan kalori yang sama. Sebahagian dari responden mengambil coklat gelap dan sebahagian pula mengambil coklat putih.
Hasilnya, responden yang mengambil coklat gelap menunjukkan kesan yang baik terhadap kadar tekanan darah tinggi mereka manakala mereka yang mengambil coklat putih tidak menunjukkan sebarang perubahan pada kadar tekanan darah tinggi mereka.
Setelah mengetahui kebaikan yang boleh anda perolehi daripada coklat gelap, apa kata anda cuba nikmati sedikit hidangan coklat gelap setiap hari. Tidak terkecuali bagus juga untuk mereka yang berpuasa. Kini di pasaran banyak terjual juga ada yg membuat “coklat homemade”. Untuk mendapatkan tenaga yang cepat dan mudah, nikmati sedikit coklat gelap sudah memadai. Bukan saja menyihatkan tetapi juga dapat memberikan tenaga dalam kadar segera kepada anda, juga dapat menurunkan kadar kolesterol. Pastikan anda tak menikmatinya secara berlebihan agar dapat terus memelihara kesihatan…yam yam *__*