Welcome To My Blog ! Follow me or go Home ?


MY WORLD (DUNIA SAYA)


BUAH TIN
Saturday, 26 May 2012 | 21:28 | 0 Comments
Assalamualaikum kawan2.
Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya. Hari ini saya nak share kebaikan buah tin.


Buah Tin telah diiktiraf oleh pakar perubatan sebagai buah yang bermanafaat untuk mencegah barah. Kajian oleh sekumpulan penyelidik perubatan dari Qatar mendapati buah Tin mengandungi zat enzyaldehyde yang berupaya melawan sel-sel kanser selain kaya dengan potassium dan kalsium.

Walaupun mempunyai rasanya agak manis, buah yang banyak didapati di negara2 Arab ini dapat mengurangkan kadar kolesterol jahat didalam tubuh, menguatkan jantung dan menormalkan sistem pernafasan.

Selain itu, buah Tin juga bermanafaat untuk melawas pembuangan air besar, mudah dicerna oleh alat pencernaan dan bagus untuk organ limpa serta hati manusia. Juga berkesan untuk mengurangkan paras kolesterol, mengatasi angin ahmar, penyakit gout serta kencing manis.

Info sihat ini dikongsi melalui pembacaan dari ruangan "Gizi Sihat" Majalah Harmoni, tulisan Zalifah Abdullah.

Dari kajian penyelidik lain pula mendapati buah Tin atau nama saintifiknya Ficus Carica, mempunyai keistimewaan membantu mengubati penyakit katarak mata serta masalah jangkitan hidung dan tekak serta sangat baik kepada sistem penghadaman tubuh kerana ia seumpama julap yang mempercepatkan proses penghadaman.

Informasi mengenai keistimewaan dan khasiat buah Tin juga telah disampaikan oleh Ustazah Dr. Fatma Elzahraa. Beliau menyatakan bahawa Ad-Tin, memberi kekuatan tenaga, kekuatan minda dan sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Selain buah Tin, kekuatan dan khasiat buah kurma, kismis, zaitun dan delima adalah antara buah buahan yang diceritakan di dalam Al-Quran. Oleh yang demikian.. jangan lepaskan dan abaikan keistimewaan2 khasiat buah2 tersebut yang telah Allah kurniakan kepada kita sebagai penawar yang dapat membantu mengubati pelbagai penyakit. Wallahua`lam..

Didalam Surah Al-Tin, surah yang ke 95, mempunyai 8 bilangan ayat dan diwahyukan di Makkah ini, Allah s.w.t. bersumpah dengan dua jenis buah-buahan iaitu buah Tin dan buah Zaitun yang penuh berkat dan 2 tempat yang terhormat, bukit Tursina dan Kota Makkah. Juga menerangkan tentang kemuliaan kejadian manusia dan sebab2 yang membawa kepada kehinaannya. Buah Tin telah diiktiraf oleh pakar perubatan sebagai buah yang bermanafaat untuk mencegah barah. Kajian oleh sekumpulan penyelidik perubatan dari Qatar mendapati buah Tin mengandungi zat enzyaldehyde yang berupaya melawan sel-sel kanser selain kaya dengan potassium dan kalsium.

Walaupun mempunyai rasanya agak manis, buah yang banyak didapati di negara2 Arab ini dapat mengurangkan kadar kolesterol jahat didalam tubuh, menguatkan jantung dan menormalkan sistem pernafasan.

Selain itu, buah Tin juga bermanafaat untuk melawas pembuangan air besar, mudah dicerna oleh alat pencernaan dan bagus untuk organ limpa serta hati manusia. Juga berkesan untuk mengurangkan paras kolesterol, mengatasi angin ahmar, penyakit gout serta kencing manis.

Info sihat ini dikongsi melalui pembacaan dari ruangan "Gizi Sihat" Majalah Harmoni, tulisan Zalifah Abdullah.

Dari kajian penyelidik lain pula mendapati buah Tin atau nama saintifiknya Ficus Carica, mempunyai keistimewaan membantu mengubati penyakit katarak mata serta masalah jangkitan hidung dan tekak serta sangat baik kepada sistem penghadaman tubuh kerana ia seumpama julap yang mempercepatkan proses penghadaman.

Informasi mengenai keistimewaan dan khasiat buah Tin juga telah disampaikan oleh Ustazah Dr. Fatma Elzahraa. Beliau menyatakan bahawa Ad-Tin, memberi kekuatan tenaga, kekuatan minda dan sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Selain buah Tin, kekuatan dan khasiat buah kurma, kismis, zaitun dan delima adalah antara buah buahan yang diceritakan di dalam Al-Quran. Oleh yang demikian.. jangan lepaskan dan abaikan keistimewaan2 khasiat buah2 tersebut yang telah Allah kurniakan kepada kita sebagai penawar yang dapat membantu mengubati pelbagai penyakit. Wallahua`lam..

Didalam Surah Al-Tin, surah yang ke 95, mempunyai 8 bilangan ayat dan diwahyukan di Makkah ini, Allah s.w.t. bersumpah dengan dua jenis buah-buahan iaitu buah Tin dan buah Zaitun yang penuh berkat dan 2 tempat yang terhormat, bukit Tursina dan Kota Makkah. Juga menerangkan tentang kemuliaan kejadian manusia dan sebab2 yang membawa kepada kehinaannya.

Past | Future