Welcome To My Blog ! Follow me or go Home ?


MY WORLD (DUNIA SAYA)


KHASIAT BUAH KIWI
Friday, 18 May 2012 | 00:06 | 0 Comments
Assalamualaikum kawan - kawan:)
Hari ini saya nak share tentang khasiat buah kiwi.

Khasiat buah kiwi:

•Asid folik. Semua orang perlukan asid folik malah sumber semula jadi asid folik diperlukan untuk mencegah kecacatan saraf pada bayi serta pembangunan otak dan kognitif pada kanak-kanak.
•Vitamin E. Jarang makanan rendah lemak apatah lagi buah-buahan menjadi sumber yang baik untuk vitamin E (baik untuk kesihatan jantung dan ciri antioksidan) tetapi kiwi adalah sumber semula jadi rendah lemak yang kaya dengan vitamin ini.
•Kalium. Kadar kandungannya sama dengan pisang tetapi hanya mengandungi separuh daripada kalori. Baik untuk menyenggarakan tekanan darah dan kesihatan jantung.
•Vitamin C. Kandungan vitamin C dalam buah ini dua kali ganda berbanding oren. Vitamin C membantu untuk melindungi diri daripada kerosakan akibat radikal bebas terhadap sel dan tisu malah vitamin itu juga membantu dalam penyerapan zat besi.
•Membantu untuk memulihkan fungsi sistem ketahanan tubuh.
•Rendah kalori. Sebiji kiwi bersaiz sederhana menyediakan 65 kalori memandangkan 90 peratus daripada beratnya terdiri daripada air.
•Magnesium.Sumber yang baik untuk magnesium yang membantu untuk membentuk dan menguatkan tulang, merehatkan otot dan saraf serta melancarkan peredaran darah.

SEBUT saja buah kiwi, pasti ramai yang mencebik kerana hanya sebilangan kecil yang gemar menikmati keunikan rasa buah daripada keluarga beri kultivar ini.

Namun, jangan diketepikan buah kecil yang kaya dengan pelbagai kebaikan ini kerana ia mengandungi lebih banyak vitamin C berbanding oren serta lebih serat daripada epal.

Kiwi juga kaya kalium (potassium) yang penting untuk mengelakkan tekanan darah tinggi selain membantu melicinkan sistem penghadaman bagi mereka yang
mengalami sembelit.

Dalam bidang kecantikan pula, buah kiwi hijau sentiasa menjadi bahan penting dalam rejim penjagaan wajah kerana kepelbagaian vitamin dan mineral yang terkandung di dalamnya, selain berperanan sebagai sumber antioksidan yang elok untuk perkembangan sel kulit baru.

Bagaimanapun, Skin Food cuba meneroka lebih jauh dengan memperkenalkan
rangkaian penjagaan wajah Gold Kiwi yang dihasilkan sepenuhnya daripada buah kiwi emas.

Buah kiwi emas disifatkan lebih berkuasa kerana tahap antioksidan yang tiga kali ganda lebih tinggi pada kulitnya berbanding isi, justeru menjadikannya lebih efektif bagi memperbaiki struktur lapisan dalaman kulit.

Masyarakat di New Zealand menikmati kiwi emas bersama kulitnya yang tidak dibuang kerana manfaatnya pada tubuh serta rasanya yang lebih manis berbanding kiwi hijau.

Past | Future