KHASIAT BUAH STRAWBERRY
Saturday, 5 May 2012 | 01:25 | 0 Comments
Assalamualaikum kpd kawan2 semua..Hari ni saye nak kongsikan tentang kebaikan buah strawberry.
Khasiat Strawberry~~
Strawberry mampu mengurangkan kadar kolestrol.
Strawberry dapat membantu mematikan sel kanser.
Strawberry dapat mengurangkan gejala strok.
Strawberry mengandungi zat anti alergi dan anti radang.
Konsentrasi tujuh zat antioksidan yang ada pada buah strawberry lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain, sehingga strawberry merupakan buah yang efektif untuk mencegah proses pengoksidaa pada tubuh (pengoksidaan ialah hancurnya jaringan tubuh kerana radikal bebas. Oksida juga menyebabkan pada proses penuaan).
Strawberry yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan anak.
Strawberry mengandungi sedikit gula juga dan sesuai untuk diet bagi pengidap penyakit diabetes.
Strawberry yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit kelihatan lebih cerah dan bersih. Khasiat sampingan dapat melambatkan proses penuaan.
Strawberry dapat memutihkan atau membersihkan permukaan gigi.
Strawberry dapat merawat radang sendi.
Daun strawberry juga berkhasiat karena memiliki zat astringent. Tiga hingga empat cangkir air hasil rebusan daun strawberry setiap hari, dapat menghentikan serangan diare.
Keperluan vitamin C bagi orang dewasa setiap hari hanya dengan makan 8 buah strawberry (98 mg). Keperluan serat juga sekaligus dapat dipenuhi.
Untuk kesihatan, strawberry paling bagus dimakan dalam keadaan yang segar, baik makan begitu saja ataupun dibuat juice.
Pesanan: Hati-hati dalam menyimpan buah ini, kerana strawberry yang sudah mulai busuk dapat menular dengan sangat cepat ke strawberry lain yang disimpan bersamanya. Strawberry dapat tahan 4 hari di peti sejuk. Tetapi di freezer, buah ini boleh bertahan selama 1 bulan dengan cara penyimpanan yang betul. Atur strawberry secara satu-satu terpisah, lalu bekukan. Setelah beku, siram dengan air dan masukkan ke dalam plastik, lalu bekukan kembali. Cara penyimpan seperti ini sesuai untuk membuat juice.
Dengan banyaknya kegunaan strawberry, yakinlah bahawa memang buah ini sesuai disebut buah cinta, kerana ia dapat menyihatkan tubuh badan.