KEBAIKAN BUAH CHERRY
Monday, 11 June 2012 | 00:50 | 0 Comments
Asalamualaikum kawan - kawan.Hari ini saya nak kongsikan kebaikan buah cherry.
Buah cheri sejak berzaman di anggap nature's healing fruit. Hasil kajian mendapati buah cherry jenis Montmorency mengandungi kompoun antioksidan yang dapat mengurangkan dan mengelakan penyakit yang berkaiatan inflamasi seperti gout, arthristis dan sakit sendi. Malahan buah cherry Monmorency ini juga mempunyai banyak khasiat kesihatan yang lain juga.
Antioksidan Dalam Cherry Masam Montmorency
Hasil kajian menemui antioksidan yang terkandung dalam buah cheri Monmorency mengandungi punca antioksidan semulajadi dan Flavoids yang kuat dan tinggi. Terdapat 17 jenis kompoun antioksidan dalam buah cheri Monmorency. Kompaun kompaun ini boleh melindungi sistem badan kita dari penyakit 'degenerative', termasuklah penyakit kardiovaskular, kemerosotan otak dan pelbagai bentuk barah. Kompaun kompaun ini juga memiliki anti-radang (anti-inflammatory)properties, memperbaiki tidur dan lain lain faedah kesihatan yang penting untuk kesihatan kita.
Cheri Monmorency mengandungi berbagai jenis antioksidan yang komplek, termasuklah seperti berikut,
Anthocyanins - kompaun antioksidan yang hebat dan berkuasa ini diketahui umum mempunyai anti-inflamatory kuality yang sangat kuat dan berkesan. Anthocyanins adalah kompoun yang memberikan warna merah cerah kepada buah cheri.
Melantonin - ini adalah satu kompaun antioksidan yang paling kuat pernah ditemui. Melantonin adalah agen anti kanser yang yang kuat dan penting, memiliki anti inflamatori properti dan ia juga mengawal edaran circadia (circadian rhythms) yang membantu menyelenggara atau menjaga pola tidur yang sihat. Buah cheri Montmorency ini mengandungi aras Melantonin yang sangat ketara banyaknya.
Super Oxidative Dismutase (SOD) - satu enzim yang sangat berkuasa dan penting antioksidan bersel, SOD bertindak sebagai pemungut superoxide anions diseluruh badan dengan menarik keluar dan memusnahkannya. Badan manuasia biasanya selalu kekurangan SOD ini, dengan itu beban pertahanan sistem badan kita memerlukan diet pemakanan yang berantioksidan tinggi. Terlau sedikit makanan semulajadi yang mengandungi SOD.
Flavonoids - Terdapat 6 flavonoids yang utama dikenal pasti terdapat didalam buah cheri Monmorency. Ia adalah chlorogenic acid, neochlorogenic acid, coumaroylquinic acid, rutin-glucoside, rutin and isorhamnetin-3-rutinoside. Kesemuanya kompoun flavonoids ini adalah antioksidan yang sangat kuat.
Nilai ORAC
Oxygen Radical Absorbance Capacity atau ORAC, adalah sukatan jumlah keleseluruhan kapasiti antioksidan didalam makanan. ORAC mengukur berapa banyak radikal oksigen makan tertentu bolih menyerap dan diaktivate (Ou 2001). Lebih tinggi jumlah lebih baiklah makanan tersebut dapat membantu badan kita mempertahankan dari radikal bebas dan penyakit penyakit yang berkaitan dengan pertambahan umur (ageing).
Khasiat Cherry:
- Merawat demam
-Astrigent
-Tuberculosis
-Hati, Perangsang sistem buah
pinggang.
-Kencing Manis
-Memulihkan luka.
-Radang( Inflammation)
-Fungsi jantung yg sihat
-Penyakit Reumatik
-Bantuan berkhasiat utk anemia.