Welcome To My Blog ! Follow me or go Home ?


MY WORLD (DUNIA SAYA)


DAUN PUDINA
Thursday 26 July 2012 | 23:43 | 0 Comments
Pernahkah anda makan daun pudina? Kalau nak tahu rasa pudina,Rasanya samalah dengan ubat gigi yang kita gunakan setiap hari. Rasa daun ini memang segar sekali. Antara khasiat daun pudina yang dikenal pasti adalah baik untuk kulit.Selain itu Khasiat daun pudina juga ialah dapat mengurangkan rasa stress, melegakan batuk,meredakan demam selsema dan boleh dijadikan teh pudina. Sepertimana dengan ulam-ulam yang lain daun pudina juga mempunyai khasiat untuk awet muda.


Pudina merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae. Ia tergolong dalam spesies mentha. Tumbuhan ini mempunyai batang yang bersegi dan dedaun yang harum baunya manakala sesetengahnya mengeluarkan bunga-bunga kecil berwarna ungu muda atau merah jambu. Terdapat berbagai-bagai jenis pudina di seluruh dunia, antaranya Mentha spicata " moroc-can",Mentha xsmithiana "rubra",Mentha aquatica Mentha arvensis,Mentha x piperita "crispa" .

•Khasiat Daun Pudina jenis Mentha spicata " moroc-can" berkesan dalam meredakan kekejangan otot.
•Khasiat Daun Pudina jenis Mentha aquatica digunakan untuk merawat cirit birit.
•Mentha arvensis, iaitu sejenis daun pudina Jepun boleh melegakan selsema dan menghilangkan rasa loya.
•Daun Pudina jenis Mentha x piperita "crispa" boleh menjauhkan(menghalau/menghindar) dari tikus.


Khasiat Daun Pudina bantu Penghadaman.
Kesemua jenis pudina ini juga boleh bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat sebagai antiseptik, antiparasit dan anti virus. Pemakanannya boleh meransangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.


Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selesema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan manakala minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsentrasi .


Lagi Khasiat Daun PUDINA (Benefit of Peppermint)
Pudina merupakan herba yang biasanya digunakan untuk memberi kesegaran nafas,mencairkan kahak, asma, selsema, anti bacteria dan anti septik.

Daun Pudina kebanyakan digunakan untuk membuat ubat gigi, gula-gula, gula-gula getah, ubat batuk, ubat kumur dan sesetengah produk selsema (in heller). Untuk perubatan tradisional, minyak rebusan daun pudina amat baik untuk masalah bengkak-bengkak sendi, masalah angin, luka, demam selsema, ekzima dan sebagainya.


Khasiat Daun Pudina Atasi masalah Gastrik:
Khasiat Daun Pudina antaranya ialah mengatasi masalah GASTRIK.
Caranya ialah:
Ambil daun pudina .
Basuh,kemudian buat air teh O kosong (tanpa gula),
rendam 2,3 helai daun pudina ke dalam teh tersebut.
Tutup mulut cawan tadi,dan biarkan lebih kurang dalam 5-10 minit.
Dan akhir sekali minum air tu.Jangan Lupa baca Bismillah.

Past | Future