Welcome To My Blog ! Follow me or go Home ?


MY WORLD (DUNIA SAYA)


KHASIAT PISANG
Tuesday, 3 July 2012 | 04:41 | 0 Comments
Assalamualaikum kawan - kawan :')
Nak tahu apa kelebihan pisang, jom baca:)

Kita fokus kepada apakah kebaikan yang dapat buah pisang ini berikan kepada kita.Untuk pengetahuan pembaca,pisang mempunyai 5 kali lebih vitamin dan zat besi daripada epal. 3 kali lebih banyak fosforus. 2 kali lebih banyak karbohidrat daripada epal.Tambahan lagi, pisang juga kaya dengan potasium dan gula semulajadi.


12 Khasiat Pisang:

1) Pisang dapat membekalkan tenaga kepada kita.
•2 biji pisang mampu membekalkan tenaga kepada kita untuk bersenam selama sejam setengah. Pernah tengok tak ahli sukan atau atlet makan pisang?ini antara sebabnya.

2) Pisang membantu sistem pengedaran darah dalam badan kita.
•Kandungan potasium dalam pisang membantu sistem ini menghantar oksigen kepada otak kita. Disamping itu juga, potasium ini dapat menstabilkan denyutan jantung dan kandungan air dalam badan. Potasium ini turut membantu mengurangkan strok dan darah tinggi.

3) Pisang juga dapat mengatasi masalah sembelit.

4) Pisang juga dapat membuatkan anda berasa tenang dan gembira.
•Hal ini kerana, pisang mengandungi kimia yang dikenali sebagai tryptophan.Kimia ini mempunyai kandungan protein yang tinggi yang dapat membuatkan anda lebih tenang dan gembira.

5) Pisang dapat mengurangkan kesakitan semasa haid.
•Pisang mempunyai tahap vitamin B6 yang dapat membantu mengawal glukos dalam darah dan emosi anda secara keseluruhannya.

6) Pisang dapat meningkatkan kecerdasan otak.
•Berdasarkan kajian kepada pelajar yang diminta makan pisang 3 kali sehari mendapati pelajar-pelajar ini menjadi lebih peka dan meningkatkan keupayaan otak mereka semasa di dalam kelas.

7) Pisang amat sesuai untuk wanita mengandung.
•Hal ini kerana ciri-ciri pisang yang dapat menenangkan seseorang. Selain itu,pisang dapat mengembalikan glukos dalam darah kepada tahap yang sihat. Pisang juga dapat mengawal suhu badan ibu mengandung.

8) Pisang dapat mengurangkan bengkak dan gatal akibat gigitan nyamuk.
•Caranya ialah dengan menggosok bahagian dalam kulit pisang itu pada tempat digigit nyamuk.

9) Pisang dapat melegakan ulser.
•Pisang membantu menrendahkan keasidan dalam perut yang ditinggalkan oleh makanan lain.

10) Pisang kaya dengat zat besi.
•Sesuai untuk mereka yang kekurangan zat besi.

11) Pisang juga boleh dijadikan baja.
•Kulit pisang dapat dijadikan baja yang baik kepada tanaman dan tanah.

12) Pisang dapat mengubati ketuat.
•Bahagian luar kulit pisang ini turut mempunyai fungsinya. Kepada mereka yang mempunyai masalah ketuat pada kakinya, gosokkan bahagian luar kulit pisang ini pada bahagian ketuat itu.

Sëkïän tërïmä käsïh :')

Past | Future