Welcome To My Blog ! Follow me or go Home ?


MY WORLD (DUNIA SAYA)


Khasiat Bawang Putih (Allium sativum)
Thursday, 16 August 2012 | 06:34 | 0 Comments
Hari ini saya nak kongsi tentang bawang putih.Bukan semua orang makan bawang putih.Bawang putih juga ada banyak kebaikan untuk berbagai penyakit.Jom kita baca!



Bawang putih digunakan sebagai bumbu yang digunakan hampir di setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum dipakai sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau (dikeprek) sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng. Bawang putih boleh juga ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.
Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).


Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan.Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.


' Bawang putih / garlic '

Garlic telah digunakan sejak turun temurun untuk tujuan kesihatan. Persoalannya adakah ia benar-benat berkesan sebagaimana yang dikatakan ? Antara penyakit yang dikatakan boleh dibantu dengan pengambilan garlic ialah penyakit cardiovascular system dan kanser.


Antara bahan aktif garlic ialah :

-alliin – dalam garlic yang segar
-allicin
-diallyl disulphide (ia mengeluarkan bau seperti sulfur menyebabkan ada orang yang tidak suka mengambil garlic)
-ajoene

Garlic juga mengandungi pelbagai bahan yang lain. Dianggarkan lebih 200 bahan terdapat dalam garlic termasuklah selenium (sejenis anti-oksident), kalsium, vitamin B, C dan sebagainya.


' CVD (Cardiovascular disease) '

Garlic telah didapati membantu dalam perkara-perkara ini :

-mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) dan triglycerides (lemak di dalam darah). Garlic juga mungkin meningkatkan kolesterol baik (HDL). Bagaimanapun ada kajian mendapati kandungan kolesterol menjadi bertambah tinggi selepas pengambilan garlic. Ini adalah disebabkan kolesterol yang telah melekat di saluran darah (atherosclerosis) dikikis oleh garlic dan kolesterol ini masuk ke dalam saluran darah. Ini membuktikan keberkesanan garlic dalam mengurangkan atherosclerosis – sila lihat di bawah.
-mengurangkan kemungkinan darah menjadi beku (blood clot). Pembekuan darah adalah tinggi disebabkan cara hidup moden seperti kerana pencemaran udara, merokok, tekanan perasaan kerana kerja dsb, pemakanan yang banyak lemak dsb.
-membantu mencairkan blood clot yang sedia ada. Ini mengurangkan risiko mendapat angin ahmar (stroke).
mengurangkan berlakunya proses atherosclerosis.
-mengurangkan tekanan darah. Ia berlaku kerana beberapa sebab :
garlic membuang bakteria yang tidak baik dari usus. Bakteria ini boleh menyebabkan tekanan darah naik.
garlic mempunyai kesan diuretik iaitu pembuangan air dari badan. Ini menurunkan tekanan darah.
garlic menyebabkan prostaglandins (sila lihat rencana mengenai evening primrose oil) meregangkan (relax) saluran darah dan ini juga
-mengurangkan tekanan darah.
Antara produk lain yang baik untuk pesakit CVD ialah Lecithin, Vitamin E dan Minyak Ikan (mengandungi EPA dan DHA).


' Kanser '

Garlic mungkin sangat baik untuk membantu mengawal kanser. Kajian di kalangan rakyat China dan Italy menunjukkan risiko mendapat kanser perut adalah lebih rendah dengan pengambilan garlic. Garlic juga mungkin baik untuk jenis-jenis kanser yang lain.
Garlic melindungi dari kanser dengan cara termasuk menyekat pengeluaran nitrosamine, menguatkan sistem imuniti pengambil garlic dan sebagainya.
Antara produk lain yang mungkin sesuai untuk pesakit kanser yang banyak diperkatakan sekarang ialah Shark Cartilage.


Kelebihan-kelebihan lain:

-Garlic sering diambil bersama-sama Horseradish untuk merawat masalah resdung, selsema dan sinus.
-Garlic memperbaiki penghadaman anda. Ia berupaya membunuh bakteria yang tidak baik di dalam perut dan usus.
-Garlic membantu bagi mereka yang bermasalah membuang air (sembelit).
-Sulfur di dalam garlic mempunyai ciri-ciri antibiotik dan antifungus dan ini baik untuk masalah kulit seperti psoriasis dan jerawat.
-Garlic telah digunakan dengan jayanya dalam masalah rheumatoid arthiris (sakit sendi).
-Garlic baik untuk pesakit kencing manis kerana ia boleh mengurangkan kadar gula.

Salah satu bahan aktif garlic, ajoene, didapati berupaya menghalang pencernaan lemak dengan membantutkan tugas enzim lipase, iaitu enzim yang bertugas memecahkan lemak sebelum ia diserap. Oleh itu lemak tidak diserap. Bagaimanapun kajian tersebut dijalankan secara in vitro (in vitro bermakna di luar badan manusia). Pembantutan tugas lipase adalah cara bekerja sejenis ubat kurus yang terbaru di pasaran (Xenical).
Penyakit Yang Dapat Diubati :

Hipertensi, Asma, Batuk, Masuk angin, Sakit kepala, Sakit kuning; Sesak nafas, Busung air, Ambeien, Sembelit, Luka memar, Abses; Luka benda tajam, digigit serangga, Cacingan, Sulit tidur (Insomnia);

Past | Future