Welcome To My Blog ! Follow me or go Home ?


MY WORLD (DUNIA SAYA)


KHASIAT HALIA
Wednesday, 5 September 2012 | 15:53 | 0 Comments
Asalamualaikum kawan-kawan.Selamat datang ke blog saya.Terima kasih kerana sudi membaca dan memberi komen tentang blog saya.Sokongan dari anda adalah penting buat saya.

Hari ini saya tulis tentang halia.Nak tahu lebih lanjut tentang halia,jom kita baca.


Halia yang dikatakan berasal dari negara China ialah sejenis tumbuhan herba yang tumbuh sepanjang tahun dan digunakan sebagai rempah dalam masakan. Di Malaysia, halia kebiasaannya diusahakan secara kecil-kecilan oleh peladang sebagai tanaman sampingan disamping tanaman utama seperti kelapa sawit dan getah.
Halia mengandungi banyak atsiri, damar, mineral sineol, fellandren, kamfer, borneol, zingiberin, zingiberol, gigerol (misalnya di bahagian bahagian merah), zingeron, lipidas, asam aminos, niacin, vitamin A, B1, C dan protein. Minyak halia berwarna kuning dan kental. Minyak ini kebanyakannya mengandungi terpen, fellandren dan dextrokamfen.

Antara kegunaan dan khasiat halia ialah:

1. Membuang Angin:

Saya rasa ramai yang dah tahu, air rebusan halia yang telah dicampur dengan lada hitam boleh menghilangkan angin yang terdapat dalam usus besar dan kecil kita. Air rebusan ini memang sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang kerap kali mengalami masalah angin seluruh badan.

2. Menghilangkan bengkak dan luka kecil:

Halia segar yang telah ditumbuk halus dan diekstrak jusnya boleh digunakan untuk menghilangkan angin dan bengkak pada luka luar dan dalam, merawat kegatalan akibat gigitan serangga, mengubati gigitan ular, disapu ketika sakit kepala atau migrain, batuk, masuk angin, reumatik, mengeluarkan angin dari perut, bengkak-bengkak, mual dan mabuk dalam perjalanan (motion sickness), serta menghilangkan panau. Sementara itu kandungan minyak atsirinya bermanfaat untuk menghilangkan rasa lenguh, anti inflamasi dan anti bakteria. Air perahan umbinya (akar tongkat) digunakan untuk penyakit katarak.

3. Membantu penghadaman:

Halia membantu proses penghadaman supaya berjalan lebih lancar iaitu dengan merangsang kelenjar pencernaan. Menurut farmakologi Belanda, umbi Zingiber officinale mengandungi 6% bahan ubat-ubatan yang sering diguna sebagai rumusan ubatan di 23 buah negara. Sejak dahulu lagi , halia dipergunakan sebagai herba penambah selera makan dan merawat masalah penghadaman.

Antara Manfaat Dan Khasiat Lain Halia Yang Saya Sendiri Tidak Tahu Kesahihannya!

•Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.

•Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah.

•Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dan menambahkan air mani.

•Membuangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampur dengan sedikit gula dan diminum dengan air panas.

•Menghilangkan bau busuk mulut.

•Membakar lemak dan selulit.

•Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum.

•Halia juga boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga, dan demam panas


Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang bermaksud:
“Dan mereka (ahli syurga) meminum di syurga satu gelas air yang campurannya dari halia.” Kandungan kimia pada halia

Past | Future