KHASIAT PERIA KATAK
Wednesday, 12 September 2012 | 07:38 | 0 Comments
Asalamualaikum pembaca2 blog.Kawan2 pernah makan peria ke? Saya pernah minum jus peria.Rasanya memang pahit.Tapi banyak khasiatnya.
Peria katak atau nama botaninya momordica charantia dan tergolong dalam keluarga ucurbitaceae. Peria katak memang pahit rasanya. Tetapi di sebalik kepahitannya ini, tersembunyi pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan. Walaupun rasanya pahit, namun ia sering dijadikan sayuran atau salah satu bahan yang digunakan untuk sup.
Peria katak tumbuh di kawasan tropika termasuklah di Amazon, timur Afrika, Asia dan Carribean. Ia juga turut ditanam di seluruh Amerika Selatan sebagai makanan dan ubatan.
Peria katak merupakan pokok menjalar yang mempunyai batang lembut dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur paut. Pokok ini mempunyai akar tunjang dan juga akar sisi berserabut yang berkembang luas di kawasan sekeliling.
Daunnya berwarna hijau dan terletak berselang-seli. Pokok peria katak mempunyai bunga berwarna kuning dan menghasilkan bunga jantan dan bunga betina yang berasingan. Buah peria katak mempunyai kulit yang menggerutu dan berwarna hijau muda ketika muda. Selalunya buah ini dimakan ketika mentah. Bagaimanapun, buah ini juga boleh dimakan ketika masak dan berwarna kekuning-kuningan atau jingga merah.
Peria katak rendah kalori tetapi padat dengan zat yang berharga. Ia merupakan sumber terbaik vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zink, fosforus, mangan dan mempunyai kandungan serat yang tinggi. Peria katak juga kaya dengan besi, mengandungi beta karotena dua kali ganda daripada brokoli, kalsium dua kali ganda daripada bayam dan kalium dua kali ganda daripada pisang.
Sayur ini juga turut mengandungi juzuk fito untuk yang disahkan mengandungi kesan hipoglisemik yang dikenali sebagai charantin. Selain itu, ia turut mengandungi sebatian seperti insulin yang dikenali sebagai polypeptide P yang dicadangkan sebagai pangganti insulin bagi sesetengah pesakit diabetes.
Kandungan beta karotena dan bahan lain yang terdapat dalam peria katak turut menjadikan ia sebagai buah yang mampu mengurangkan masalah mata dan memperbaiki penglihatan. Jus pahit ini dikatakan boleh diminum bagi membantu membina sisitem imun dan mengingkatkan pertahanan tubuh untuk menentang penyakit.
Selama beberapa tahun, saintis telah mengesahkan kebanyakan pengamal perubatan tradisional telah menggunakan sayur pahit ini sebagai bahan penting dalam sistem perubatan herba, malah boleh dikatakan kapsul dan tinktur peria digunakan untuk merawat masalah penyakit diabetes, virus, kolesterol tinggi dan psoriasis.
Insulin tumbuhan:
Dalam perubatan Ayurveda India, peria katak sering diperlihatkan sebagai sejenis “insulin tumbuhan”, oleh itu amat disyorkan untuk pesakit kencing manis. Di Filipina, teh peria katak digunakan untuk merawat kencing manis dan kawalan gula darah bagi orang miskin.
Rasa pahit peria katak datangnya daripada kandungan kuinin yang tinggi dan secara kebetulan, telah dianggap oleh orang-orang Asia serta Panama dan Columbia, sebagai bahan untuk mencegah dan merawat demam malaria. Dalam perubatan tradisional Cina, sayur peria katak digunakan untuk menaikkan selera makan dan rawatan jangkitan gastrousus.
Dalam perubatan herba Brazil, peria katak digunakan untuk merawat tumor, luka, reumatisme, malaria, masalah carian vagina, inflamasi, masalah haid, kolik, demam dan cacing. Ia juga turut digunakan sebagai pencetus pengguguran dan afrodisiak. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai bahan sapu untuk merawat masalah kulit, vaginitis, buasir, ruam gatal, ekzema dan kusta.
Keracunan:
Peria katak turut berguna jika dicampurkan dengan herba lain untuk tujuan merawat penyakit. Antaranya jus peria katak amat berguna untuk merawat penyakit darah seperti kegatalan berkait dengan keracunan darah. Cara penggunaannya ialah dengan mencampurkan dua auns jus peria katak dengan sedikit jus limau. Hirup air ini perlahan-lahan sewaktu perut masih kosong setiap hari kira-kira 4 hingga 6 bulan.
Peria katak juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat penyakit kolera yang masih berada pada tahap awal. Caranya adalah dengan mencampurkan dua sudu teh jus peria katak dengan dua sudu teh jus bawang merah dan satu sudu teh jus limau nipis. Hiruplah ramuan ini setiap hari sehingga sembuh.
Bagi mereka yang mengalami masalah sistem pernafasan, anda boleh meminum dua auns jug peria katak yang telah dicampurkan dengan secawan madu dan sedikit air. Minumlah ramuan ini setiap hari untuk memperbaiki masalah asma, bronkitis dan pharyngitis.
Merawat buasir dan masalah darah kotor:
Menurut sumber Fazlisyam pula, daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah di hancurkan pula di gunakan untuk di sapukan ke tempat buasir. Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengamblan alkohol.
Peria tidak berapa diminati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak.
Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan peria katak, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.