MENGKUDU(NONI)
Saturday, 6 October 2012 | 20:04 | 0 Comments
Assalamualaikum pembaca2 blog.Adakah kawan-kawan pernah melihat buah mengkudu? Buah mengkudu mempunyai rasa yang pahit dan tidak ramai orang yang suka akan baunya.Pucuk mengkudu boleh dimakan sebagai ulam dan untuk awet muda juga.Kita boleh makan buah atau pucuknya untuk kesihatan. Tetapi perlu diingatkan kuantiti yang diambil perlu mengikut sukatan yang diarahkan. Ia juga bergantung pada tahap tubuh badan seseorang kerana ada orang yang boleh mengambil tanpa kesan sampingan dan ada juga yang mendapat kesan sampingan dari buah mengkudu.Jadi lebih baik dirujuk kepada doktor terlebih dahulu.Sebagai pengetahuan kita boleh baca mengenainya dalam blog saya.
Jom kita baca!
Masyarakat Melayu samada di Malaysia atau Indonesia pula biasanya menggunakan buah mengkudu untuk mengurang gangguan semasa kencing, diabetis, batuk, senggugut dan pendarahan. "Masyarakat Malaysia memandang remeh khasiatnya berbanding dengan saintis Hawaii" "Walaupun pokok mengkudu tumbuh liar dikawasan kampung tetapi penggunaannya sebagai bahan perubatan traditional semakin dilupakan." "Hanya daunnya saja digunakan bagi merawat wanita lepas bersalin, manakala pucuknya pula dimakan sebagai ulam" kata Dr. Ilham. Walaupun mengkudu terdapat banyak disini, masyarakat Malaysia memandang remeh khasiatnya berbanding dengan saintis Hawaii telah mula membuat kajian mengenainya sehinggakan buah itu telah dikomersialkan sejak 1993.
Produk yang berasaskan buah mengkudu telah mula dipasarkan di Hawaii dalam bentuk tablet dan jus sebagai makanan kesihatan. Menurut Dr. Ilham lagi, mengikut pengamal perubatan traditional terutamanya di Hawaii, amalan meminum jus mengkudu amat baik untuk kesihatan. "Jus itu biasanya diminum sebagai tonik ketika berehat atau selepas bangun tidur terutamanya sebelum menikmati sarapan pagi" katanya. Bagaimanapun menurut Dr. Ilham, walaupun jus mengkudu berkhasiat tetapi tidak ramai yang sanggup meminumnya kerana bau yang tidak menyenangkan. Oleh itu bagi tujuan kommersial, pengusaha jus mengkudu menambahkan dengan pelbagai perasa seperti strawberi atau anggur untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan itu. Di samping itu satu lagi cara menghilangkan bau adalah dengan mengeringkan jus itu sehingga menjadi serbuk dan dimasukkan ke dalam kapsul. Walaupun hanya beberapa tahun dikomersialkan, keajaiban buah mengkudu telah terserlah ketika Perang Dunia Kedua lagi. Tentera yang berada di Kepulauan Polynesia diberikan mengkudu oleh penduduk tempatan untuk menghindari rasa letih. Sementara di Kepulauan Ratatonga, Samoa dan Fiji, buah mengkudu telah menjadi makanan ruji masyarakat di sana. Mereka memakannya sama ada mentah atau dibuat gulai. Manakala masyarakat Burma pula gemar memasak gulai buah yang masih muda dan buah yang telah masak akan dimakan mentah bersama garam. Memandangkan pokok mengkudu mempunyai khasiatnya yang tersendiri, tidak mustahil ia akan setanding dengan tumbuhan ubatan yang akan dikomersialkan seperti tongkat ali dan sebaginya.
Khasiat Buah Mengkudu diantaranya:
•Menstabilkan tekanan darah dan aras kolestrol - otot jantung
•Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, ginjal, buah pinggang, pundi kencing, pundi hempedu dan tiroid
•Mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor
•Sistem pernafasan - resdung, asthma, bronkitis, hingus meleleh, batuk, sakit tekak, batuk kering, kolera dan bayi yang demam selsema
•Gangguan penghadaman - perut kembung, ulcer, gastrik, cirit-beret, muntah-muntah, tidak hadam, buasir, keracunan makanan
•Mulut dan Tekak - radang tekak, sakit gusi dan sakit gigi
•Sakit tulang dan sendi - terseliuh dan gout
•Penyakit kulit - bisul, luka, kurap, radang, ulser kulit
•Sakit puan - senggugut, gangguan haid
•Menghilangkan gatal - celah kelangkang, pelipatan, ulat air dan penyakit kulit
•Memulihkan kesan umum penuaan (awet muda)
•Menghilangkan ketagihan dadah dan rokok
•Membantu sistem kesuburan lelaki dan wanita
•Meredakan kesakitan (analgesik) •Meningkatkan tenaga tubuh badan •Mengurangkan stress (tekanan) Anti-oxidant