Welcome To My Blog ! Follow me or go Home ?


MY WORLD (DUNIA SAYA)


"Habbatus Sauda"(Black Seed)
Monday, 29 October 2012 | 01:22 | 0 Comments
Assalamualaikum semua.Hari ini saya nak share tentang "Habbatus Sauda"
atau "Black Seed".Khasiatnya memang banyak dan boleh menyembuhkan berbagai penyakit.Kita boleh dapati dalam bentuk kapsul atau minyak.Ramai yang memilih dalam bentuk kapsul kerana mudah dimakan.Telah banyak kajian yang dibuat tentang "Habbatus Sauda"
Pada pendapat saya elok kita amalkan untuk mencegah penyakit yang merbahaya seperti kanser.


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadithnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain: “Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim).

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : ” Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ” ( Hadis riwayat Bukhari ).

Habbatussauda ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasan gurun.Nama saintifik atau biologinya ialah NIGELLA SATIVA. Bahasa biasa ia dikenali sebagai The Black Seed, Black Cumin ,Jintan hitam, Habbah Brakah .

Tanaman Habbatussauda seperti segitiga dengan ketinggian 35-50 cm.Bercabang dan melingkar pada bahagian atas Memiliki dedaun dan bunga warna putih kebiruan. Biji hitamnya agak kuat baunya.Menyengat hidung .Namun biji hitam ini mengandungi pelbagai zat yang sangat diperlukan tubuh manusia.Ia mampu melawan serta mengusir virus.Lantas mempertahankan tubuh daripada serangan penyakit.

Antara pakar perubatan dan ahli sains yang menjalan kajian ialah dari pusat ilmiah Cancer Immunobiology Laboratory South Carolina, US, University Munich Germany, University of Colombo, US, University of Patchefstroom, Kings College London, College of Medicine King Faisal University, Department of biology Riyadh.

Saintis di Cancer and Immuno Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatussauda mampu merangsang sumsum tulang atau “bone marrow” dan sel immunity, meningkat penghasilan apa yang dikenali sebagai ‘interferon” dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Seorang lagi pakar Eropah, Professor Michael Meurer pula mendaapati Habbatussauda berupaya menghentikan pembengkakan atau “inflammation” dan masalah saraf kulit.

Mereka juga mendapati Habbatussauda berupaya memusnahkan sel sel tumor dan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan apa yang dinamakan B cell.


Ia juga merangsang sumsum tulang dan sel yang perlu untuk system kekebalan tubuh. Dalam erti kata lain ia turut melindungi sel biasa untuk melawan VIRUS dan juga sel ketumbuhan atau apa yang dikenali sebagai SEL TUMOR.


Amalkan pemakanan minyak habatus sauda secara berterusan boleh mencegah atau mengawal berbagai penyakit - INSYAALLAH. Antaranya
1. Mencegah dan melawan sel kanser
2. Resdung
3. Batu Karang
4. Sakit Buah Pinggang
5. Ghout
6. Kencing Manis
7. Luka dalam mulut (Ulser)
8. Gastrik
9. Lemak Berlebihan
10. Rambut Gugur
11. Demam yang berpanjangan
12. Jerawat
13. Kudis & Kusta
14. Senggugut & Masalah Haid
15. Buasir
16. Lelah
17. Letih Dan lesu
18. Lemah Penglihatan
19. Terkena gigitan berbisa
20. Darah Tinggi
21. Masalah cacing
22. Melancarkan kencing


Past | Future