KHASIAT ALOE VERA
Monday, 12 November 2012 | 04:22 | 0 Comments
Assalamualaikum semua.Terima kasih kerana sudi melawat blog saya.Baru hari ini saya dapat meluangkan masa untuk menulis blog.Harap semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan ceria.Hari ini saya nak kongsi tentang daun aloe vera.Jom kita baca :)
Aloe vera, yang berasal dari Africa utara, mempunyai khasiat yang tidak ternilai lebih-lebih lagi dari segi penjagaan kulit. Dedaun Aloe vera menghasilkan sejenis gel yang mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri seperti merawat luka, melembapkan kulit, anti-bacteria dan anti-fungi. Aloe vera atau lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe Vera Linn dikenali juga dengan nama lily of the desert,plant of immortality dan tumbuhan berubat.
Nama aloe berasal dari perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit. Pada tahun 1500 sebelum masehi, orang-orang mesir telah mula menggunakan aloe vera untuk mengubat kelecuran akibat terbakar, jangkitan kuman dan serangan parasit. Aloe vera mudah ditemui di seluruh dunia dan pada semua iklim. Terdapat lebih dari 500 jenis aloe vera. Aloe vera mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.
Aloe vera banyak ditanam kini sebagai tumbuhan hiasan didalam pasu. Daunnya tajam dan berbentuk taji dengan duri disekeliling daunnya. Panjang daunnya boleh mencapai antara 15-20 cm panjang. Aloe vera juga mempunyai bunga yang berwarna kuning kemerahan. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari Afrika utara. Aloe vera membiak dengan cara pembahagian anak. Nama lain bagi aloe vera ialah: jadam(melayu), crocodile tounge(english), salvia(sepanyol) dan lu hui (cina)
Kegunaan & Khasiat Aloe Vera:
Antara mineral yang terdapat dalam gel Aloe vera adalah seperti protein, sodium, potassium, manganese,calcium, iron dan sebagainya. Secara tidak langsung, ia memberikan tumbuhan ini ciri-ciri penyembuhan yang berbeza daripada tumbuhan-tumbuhan lain.
Disamping untuk penggunaan luaran, ekstrak Aloe vera juga boleh dijadikan jus dan diminum untuk mengubati ulser perut. Kemujaraban herba ini telah pun diguna pakai dalam pembuatan lotion, minuman, tablet dan ubat salap, yang mana pengguna dapat mendapatkan kelebihan tumbuhan ini dengan lebih mudah dan berkesan.
KHASIAT DAN KEAJAIBAN ALOE VERA:
•Ia mempunyai kuasa penyerapan semulajadi yang dapat menembusi lapisan dalam tisu-tisu badan.
•Ia merupakan suatu tumbuhan pembersih semulajadi untuk membersihkan darah dari segala jenis kekotoran yang tidak seharusnya berada didalam tubuh badan manusia.
•Ia memberikan kesan bius terhadap tisu-tisu badan yang dapat menghilang atau melegakan sakit sendi, sengal-sengal dan sebagainya.
•Ia bertindak sebagai pembasmi kuman, bakteria, hama(virus), dan kulat(fungus) apabila ia dikekalkan di dalam kepekatan yang tinggi.
•Ia berperanan di dalam memecah dan menghakiskan keluar tisu-tisu yang telah mati baikpun nanah melalui tindakan Enzim Proteolytik dan membersihkan muka.
•Ia berkesan dalam menghentikan pendarahan pada permukaan kulit yang luka atau mengalami kecederaan.
•Ia mempunyai kesan julap semulajadi untuk melawaskan pembuangan air besar malahan sangat berkesan untuk mengatasi masalah sembelit, buasir dan pendarahan.
•Ia bertindak untuk menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru pada tubuh badan.
•Ia bertindak sebagai pelembap semulajadi dan sesuai untuk berbagai jenis permukaan kulit.
•Ia sesuai dalam mengimbang suhu badan, memulihkan dan lain-lain.
•Ia berkesan sebagai pencegah bengkak semulajadi dengan bertindak sebagai steroid tetapi tidak mempunyai sebarang kesan sampingan.
•Ia mencegah gatal-gatal serta menghentikan alahan.
•Ia mencuci saluran darah dan melancarkan pengaliran darah ke seluruh badan.
•Ia memberikan kesihatan dan memberikan tenaga kepada tubuh badan dengan menyediakan pelbagai jenis khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan yang sihat seperti Vitamin, Zat Galian, Enzim, Asid Amino dan sebagainya.
•Ia mampu untuk memulihkan fungsi organ tubuh badan yang telah luntur dari masa ke semasa sekaligus memulihkan pelbagai masalah-masalah berkaitan dengan kesihatan.