Pucuk Gajus
Friday, 30 November 2012 | 23:45 | 1 Comments
Assalamualaikum pembaca2 blog.Hari ini saya nak share pasal "Pucuk Gajus"Pucuk gajus adalah ulam yang bagus untuk awet muda.Orang Melayu dulu2 suka makan pucuk gajus bersama sambal dan nasi.Jom kita baca apa lagi khasiat "Pucuk Gajus"
Pokok Gajus merupakan pokok saka atau pokok malar hijau yang mampu tumbuh setinggi 12 meter dengan mempunyai banyak cabang. Daun pokok gajus merupakan berwarna hijau tua apabila matang dengan susunan selangseli berukuran 20 cm panjang dan 15 cm lebar yang ringkas. Daun gajus muda berwarna merah atau merah perang yang sangat disukai orang Malaysia sebagai ulam daun gajus. Rasanya yang kelat masam menjadikan ia sebagai salah satu ulam popular di negara kita. Pokok gajus mempunyai sistem percabangan rendah dan melempai ketanah. Akarnya panjang jauh kedalam tanah sehingga 6 meter walaupun ditanam dikawasan tanah bris.
Bahagian pokok gajus yang digunakan sebagai makanan adalah Buah, Biji dan Pucuk atau Daun Muda. Bahagian batang dan kayu digunakan sebagai kayu keras untuk bahan bakar dan diproses untu dijadikan perabut atau kayu hiasan. Komponen BIJI GAJUS (Nat buji) buah gajus digunakan dalam masakan nasi beriani, acar , coklat serta makan ringan. Biji gajus dijual dengan harga RM 25.00-RM 50.00 sekilogram mengikut gred dan kualiti. Minyak dari biji gajus digunakan sebagai bahan bernilai tinggi sebagai bahan melembut dan melicin kulit kita apabila disapu. Minyak ini juga digunakan sebagai bahan pengawet kayu dan juga jala ikan. Buah gajus boleh dimakan segar walau pun rasanya agak Manis dan Kelat atau boleh dibuat rojak, jus untuk diminum atau ditapaikan. Buah yang direbus airnya boleh diminum sebagai rawatan disenteri, rawatan bengkak kerongkong yang bengkak dan bernanah, cirit birit dan melawaskan buang air kecil.
Herba dengan nama saintifiknya Anacardium occidentale ini adalah dari keluarga tumbuhan Anacardiaceae. Para penyelidik dari Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) sebelum ini membuktikan pucuk gajus boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik. Pucuk gajus didapati mengandungi 97.6 peratus aktiviti pembersihan toksik. Di dalam pucuk gajus terdapat bahan antioksida yang boleh meneutralkan dan melawan bahan toksik di dalam badan. Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, pucuk daun gajus boleh melambatkan proses penuaan. Menurut beliau, ini akan membantu wanita yang memakannya memiliki wajah awet muda.
Pucuk yang telah dibersihkan dimakan begitu saja sebagai ulam ataupun diminum air rebusannya. ``Mereka yang mengamalkannya dapat merasakan perbezaan kehalusan kulit di samping ia turut memberi kesegaran kepada tubuh. Selain dari khasiat awet muda dan kesegaran tubuh, pucuk gajus juga boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan sakit kencing manis. Air rebusan pucuk daun atau kulit kayu pokok gajus yang dikumur- kumurkan juga boleh mengubati sakit seriawan atau ulser mulut. Manakala kulit kayu pokok gajus yang digiling sampai lumat boleh merawat luka, badan melecur, sakit gigi, tapak kaki pecah-pecah dan terkena gigitan binatang berbisa. ``Kulit kayu yang telah digiling atau ditumbuk halus itu ditampalkan pada bahagian-bahagian berkenaan. ``Bagi kes sakit digigit binatang bisa, pesakit perlu mengeluarkan bisanya terlebih dahulu sebelum melakukan kaedah rawatan menggunakan kulit kayu gajus ini.