TEH HIJAU BERKHASIAT .
Tuesday, 4 December 2012 | 22:57 | 0 Comments
Teh hijau adalah di antara olahan teh yang sangat popular di Asia Timur terutama di Jepun.Malah penduduk dunia yang paling panjang umurnya ditemui berada di pulau Okinawa,Jepun dan didapati ramai penduduknya berusia melebihi 100 tahun malah mereka jarang dijangkiti penyakit.Ini kerana mereka menjadikan minuman ocha iaitu sejenis teh hijau sebagai minuman harian.Menurut Journal Amerika berdasar kajian klinikal Nutrisi mendedahkan ekstrak teh hijau dikenal pasti memberi manfaat untuk mengaktifkan metabolisme dan meningkatkan tenaga.
Namun begitu teh hijau masih mempunyai banyak kelebihan berbanding teh lain antaranya:
1-Mengurangkan risiko kanser
Teh hijau mempunyai komponen zat yang mampu melawan sel kanser.Ia mencegah pertumbuhan sel tidak normal ini dan menghasilkan saluran darah baru bagi menggalakkan pertumbuhan sel yang baik.Kajian yang dijalankan menunjukkan teh hijau membantu mengurangkan kanserpayu dara,perut,esofagos,kolon dan kanser prostat.
2-Mengatasi bengak mata
Oleh kerana ia mengandungi antioksida yang tinggi,dengan mengambil dua kantung teh hijau yang sudah digunakan dan diletakkan pada mata selama 10 minit mampu mengatasi masalah bengkak mata.Malah mata menjadi segar dan cerah.
3-Antiseptik kulit
Kandungan semula jadi antiseptik pada teh hijau mampu mengurangkan kegatalan dan bengkak pada kulit;juga luka serta terbakar akibat pancaran matahari.Ini boleh dilakukan dengan meletakkan sedikit teh hijau pada luka atau tempat yang terkena gigitan haiwan.
4-Melindungi kulit
Produk mengandungi ekstrak teh hijau mampu melindungi kulit daripada masalah jerawat,gatal dan radang kulit.
5-Menurunkan tekanan darah
Kandungan teanin di dalam teh hijau yang bersifat antihipertensif iaitu mampu membantu menurunkan tekanan darah dan berada pada tahap normal.
6-Menguatkan daya ingatan
Dengan meminum teh hijau dua gelas sehari dikatakan mampu menguatkan daya ingatan anda.
7-Awet Muda
Kandungan vitamin E membuatkan kulit lebih muda.Selain itu minuman ini juga membantu melancarkan peredaran darah sekali gus mengurangkan risiko serangan jantung san strok.