Daun Kucai Dan Khasiatnya.
Monday, 14 January 2013 | 02:00 | 0 Comments
Assalamualaikum.Bersua kita kembali.Terima kasih kepada pembaca-pembaca blog yang telah memberi komen-komen yang positif dan membina.Tajuk blog saya untuk hari ini ialah mengenai "Daun Kucai"
Kucai adalah herba yang paling popular dalam masakan Perancis dan Cina. Dikenali juga dengan nama botaninya allium schoenoprasum, kucai berasal dari Asia Tengah dan kini banyak ditanam di Scandinavia, Jerman, Britain, China dan Asia Tenggara. Terdapat banyak variati daripada barat dan timur. Walau bagaimanapun, kucai yang biasa terdapat di Malaysia ialah dari jenis allium tuberosum atau lebih dikenali dengan nama kucai cina.
Kucai adalah sebahagian daripada genus besar dalam kira-kira 500 spesies tumbuhan saka berbau kuat yang mengandungi bebawang atau batang bawah tanah. Herba allium ini termasuklah bawang putih, bawang, daun bawang dan daun kucai. Pelbagai spesies allium telah ditanam semenjak zaman awal dan amat penting sebagai sayuran, perasa dan tumbuhan ubatan.
Dikenali juga dengan nama Chieves (Inggeris), kucai boleh dikenali melalui batangnya yang panjang bersambung dengan bebawang pada pangkalnya dan daun hijau panjang di bahagian atasnya. Bunga kucai berwarna ungu dari jenis allium schoenoprasum dan bunga kucai cina, varieti allium tuberosum pula berwarna putih.
Keseluruhan daun kucai boleh digunakan dalam makanan. Kucai biasa atau kucai bawang mempunyai sedikit rasa bawang kerana kandungan sulfur yang terdapat di dalamnya. Kucai Cina atau kucai bawang putih lebih berasa seperti bawang putih.
Pelbagai khasiat perubatan:
Masyarakat Roman mempercayai bahawa kucai mampu melegakan sakit tekak. Namun itu bukan sahaja kebaikan kucai. Jangan terkejut apabila mengetahui bahawa kucai mampu melegakan kesakitan perut, melindungi diri daripada penyakit jantung dan strok, dan juga mampu membantu tubuh menentang bakeria yang menyebabkan penyakit. Kucai juga bernilai tinggi dalam dunia perubatan tradisional, khususnya untuk mengubati senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit. Selain daripada itu, herba ini juga dikatakan mampu meningkatkan kebolehan tubuh mencerna lemak.
Ciri-ciri ubatan kucai berbeza sebagaimana ia digunakan di dapur. Kucai merangsang selera makan. Selain itu ia dikatakan boleh membersihkan hidung tersumbat, mengurangkan kembung perut dan mencegah nafas berbau.
Jika digabungkan dengan diet rendah garam, ia dikatakan mampu membantu merendahkan tekanan darah tinggi. Selain itu, kucai juga memiliki kesan diuretik ringan dan juga ciri-ciri antibakteria.
Ejen antiseptik:-
Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekaligus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi. Cara ini amat berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, penyakit keputihan serta senggugut.
Mencegah selsema dan ejen ekspektoran:-
Kandungan vitamin C dalam kucai dikatakan mampu mencegah selesema. Ia juga berupaya mempercepatkan penyembuhan jika selsema terbentuk, dengan cara membantu tubuh mengeluarkan mukus. Ini adalah sebatian sulfur dalam kucai adalah ekspektoran (perembes kahak) semulajadi.
Sekat pertumbuhan tumor:-
Penyelidikan saintifik ada menunjukkan bahawa kucai mampu merangsang tubuh mencerna lemak. Pengambilan kucai secara kerap mampu membantu merendahkan tahap kolesterol dalam darah.
Mengurangkan risiko kanser:-
Kajian juga telah menunjukkan bahawa pengambilan tinggi sayuran allium dengan pengurangan risiko bebrapa jenis kanser. Sebatian organosulfur yang terkandung dalam kucai menyekat pertumbuhan tumor dan perkembangbiakan sel dan membantutkan kitaran sel dan sel-sel tumor. Sayuran allium, termasuk kucai, mempunyai kesan perlindungan menentang kanser esofagus dan perut dan juga prostat.
Membantu penglihatan dan kesihatan kulit:-
Kucai juga memiliki sumber baik beta karotena yang dikatakan mampu membantu memperbaiki penglihatan mata dan membersihkan akne. Ini bermakna kucai adalah sayur terbaik untuk kulit. Untuk mendapatkan kebaikan ubatan daripada kucai, anda sepatutnya tidak memasak atau memanaskan daun kucai kerana cara ini akan menghilangkan vitamin C yang bernilai serta ciri-ciri pencernaannya.
Kita juga boleh merebus daun kucai.
Caranya ialah ambil daun kucai sebanyak 200gm dicuci dan rebus dengan 3 gelas air hingga mendidih dan rebus hingga menjadi 1gelas.Minum 3 kali sehari iaitu selepas makan.Sesuai untuk menurunkan darah tinggi.