Pisang Kaki Dan Khasiatnya.
Thursday, 7 February 2013 | 22:32 | 0 Comments
Assalamualaikum kepada pembaca2 yang saya kasihi.Bersua kita kembali.Lama saya tak menulis blog oleh kerana kesibukan.Hari ini saya nak share tentang "Kebaikan Buah Pisang Kaki"Anda suka makan pisang kaki ke? Saya suka jugak.Buahnya sedap. Jom kita baca apa khasiatnya.
PISANG KAKI (Diospyros kaki) merupakan sejenis buah-buahan dari keluarga EBENACEAE yang tumbuh dinegara mempunyai 4 musim dan dikawasan tropika yang sesuai. Dinegara kita penanaman pokok pisang kaki kurang popular dan mengimpot buah tersebut dalam bentuk buah segar dan buah proses. Pisang kaki juga dipanggil sebagai Persimmon Fruit, Kaki Persimmon, Japanese Persimmon, Shizi (China), Sharon (Israel) dan sebagainya.
Negera China, Korea dan Jepun menghasilkan hampir 90% pengeluaran pisang kaki didunia walau pun negara lain ada menanamnya untuk kegunaan domestik dan juga ekspot. Buah Pisang Kaki yang segar dimasukkan dalam kontena sejuk sehingga dijual dimerata dunia sementara sebahagian besar lagi di keringkan dan di leperkan (foto sebelah) serta tahan lama. Cara makan buah pisang kaki segar boleh terus dimakan bersama-sama kulitnya atau dibuang kulitnya dahulu sebelum dimakan. Kandungan unsur Tanin yang tinggi pada kulit pisang kaki menyebabkan rasa agak kelat jika dimakan segar. Buah pisang kaki kaya dengan zat Vitamin C, Beta Carotene (Pro Vitamin A), Zat galian dan bahan antioksidan yang lain. Buah pisang kaki yang diproses menggunakan air panas dan bahan lain dan dikeringkan secara manual atau menggunakan mesin pengering (Dryer). Buah kering akan disusun mengikut saiz dan gred sebelum dipasarkan dalam bentuk 'whole fruit' atau 'cut fruit'.
Pisang kaki dipercayai baik untuk kesihatan dimana ianya kaya dengan zat seperti Vitamin C, Sukros, Fruktos, Glukos dan Iodin yang sesuai dalam mengawal tekanan darah tinggi dan meningkatkan pengaliran darah serta melicinkan peredarannya dalam koronari. Buah ini yang dimakan segar dapat mengelakkan masalah sembelit dan juga dapat meredakan masaalah sedu. Buah pisang kaki kering juga baik dimakan untuk kesihatan paru-paru dan jantung kerana mengandungi serbuk warna putih iaitu bahan manitol, glukos dan vitamin C. Pengalaman saya ketika di Korea dulu memang suka makan buah pisang kaki masak dari pokok disekitar COTI, Seoul yang ditanam sebagai pokok hiasan keliling pusat tersebut.