Welcome To My Blog ! Follow me or go Home ?


MY WORLD (DUNIA SAYA)


"DAUN SIRIH"
Saturday, 23 March 2013 | 00:17 | 0 Comments
Assalamualaikum.Tajuk blog saya hari ini ialah " DAUN SIRIH" Apakah yang terkandung dalam daun sirih yang kita
tidak ketahui? Jom baca..


Sirih sangat kaya dengan kandungan zat berkhasiat. Antaranya, minyak atsiri, hidroksikavicol, kavicol, kavibetol, allylpyrokatekol, cyneole, caryophyllene, cadinene, estragol, terpennena, seskuiterpena, fenil propana, tanin, diastase, gula, dan pati.

Hasil penemuan kajian - kajian saintifik oleh pakar - pakar kajian herba produk mengatakan sirih ( Piper betle L. ) mengandungi komponen - komponen aktif semulajadi yang amat berguna dalam perubatan dan pelbagai kegunaannya. Ianya juga mengandungi antiseptik semulajadi yang berupaya membunuh kuman, bakteria dan kulat dengan khasiat hemostasis yang dapat melancar darah dan menghentikan perdarahan.

Berikut adalah antara khasiat-khasiat daun sirih..

1. Menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak.

2. Sebagai bahan pencuci dibahagian vagina bagi merawatkan keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria.

3. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang

4. Menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah.

5. Daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal - gatal kulit seperti kurap dan kayap.

6. Dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan.

7. Dapat menhilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.

8. Dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak.

9. Dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur.

10. Dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker.

11. Dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.

12. Merawat penyakit sendi dan bisa - bisa tulang.

13. Digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata.

Sirih banyak digunakan untuk perubatan dan kecantikan wanita. Antara masalah-masalah wanita yang boleh dirawat menggunakan daun sirih adalah:

Gatal Vagina

Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.


Keputihan

Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.

Menegangkan Payu Dara

Untuk menegangkan lagi payudara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.

Penyakit Kelamin

Sepah sirih dihasilkan samada secara kunyahan atau ditumbuk lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit.
Giling lumat daun sirih, sedikit gula merah dan sedikit garam rebuskan hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga kali sehari hingga sembuh.

Bau Badan

Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.

Selain dari itu daun sirih juga mengandungi:

Khasiat ASTRIGEN daun sirih berkeupayaan mengecutkan tisu-tisu organik dan khasiat ANTISEPTIK untuk membunuh kuman. Ini bermakna, jika diminum airnya atau digunakan sebagai pencuci harian bagi wanita khasnya, selain menegangkan otot-otot tisu dalaman vagina, ia juga boleh membunuh bakteria, kuman atau kulat serta mengatasi masalah keputihan. Sirih juga turut digunakan bagi mengatasi masalah penyakit Malaria, sakit sendi, gout dan dipercayai boleh merawat kanser dan penyakit jantung.

Past | Future