BUAH AVOKADO DAN KEBAIKANNYA.
Wednesday, 3 April 2013 | 03:24 | 0 Comments
Assalamualaikum.. Buah "Avokado" walaupun rupa kulitnya menggerutu.Tetapi buah ini dikatakan
mempunyai banyak khasiatnya.Selain
dari itu,daunnya juga mampu mengurangkan darah tinggi.
Pokok avokado atau nama saintifiknya persea Americana mempunyai zat khasiat yang dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit daripada masalah penglihatan, penyakit jantung sehinggalah kepada masalah obesiti.
Pokok avokado berasal dari Mexico dan Amerika Tengah. Kini, buah avokado ditanam di negara-negara seperti Afrika Selatan, Australia dan New Zealand. Buah ini dikategorikan dalam beberapa jenis seperti bacon, fuerte, gwen, hass, penkerton, reed dan zutano.
Bahagian yang digunakan untuk tujuan perubatan adalah daun, buah, kulit kayu dan biji. Buahnya amat berkhasiat kerana mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potasium, vitamin A, vitamin C, naisin dan riboflavin.
Avokado mampu mencegah penyakit mata
Avokado juga mengandungi lutein iaitu sejenis antioksidan yang amat baik untuk mata. Pengambilan makanan yang tinggi lutein dikatakan mampu mencegah penyakit mata seperti katarak dan kemerosotan makular.
Lembutkan kulit
Avokado digunakan dengan banyak dalam industri kosmetik seperti pencuci, krim dan masker muka. Ada juga yang dibuat syampu, minyak avokado dan bermacam-macam lagi. Avokado terbukti berkesan dalam penjagaan kulit wajah kerana kandungan vitamin E yang tinggi.
Antara kebaikan lain buah avokado ialah mampu mencegah arteriosclerosis, merangsang pembentukan kolagen sekaligus membantu kulit mengalami penuaan, membantu menentang masalah kulit seperti ekzema, dermatitis dan jerawat.
Daun pokok avokado pula dikatakan boleh direbus dan kemudiannya dijadikan sebagai ubat. Air rebusan yang dikatakan bersifat diuretik ini mampu membersihkan hati dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
Senarai kebaikan avokado
Selain daripada khasiat yang dinyatakan di atas, ada 10 lagi khasiat
avokado.
1. Pencegahan kanser prostat
Avokado telah dibuktikan berkesan untuk menghalang pertumbuhan kanser prostat.
2. Perlindungan (mencegah) kanser mulut
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa sebatian tertentu dalam avocado dapat mencari pra-kanser dan kanser sel kanser mulut dan menghancurkan mereka tanpa merosakkan sel-sel sihat.
3. Perlindungan (mencegah) kanser payudara
Seperti minyak zaitun, avokado mengandungi asid oleik yang sangat tinggi, yang telah terbukti untuk mengelakkan kanser payudara dalam
byk kajian.
4. Baik untuk kesihatan mata
Avokado mengandungi lebih lutein karotenoid daripada buah-buahan yang lain biasa dimakan. Lutein melindungi mata daripada kemerosotan makular, katarak dan penyakit mata yang berkaitan dengan usia lanjut.
5. Menurunkan paras kolesterol
Avokado mengandungi beta-sitosterol yang tinggi, satu sebatian yang telah terbukti dapat menurunkan paras kolesterol. Dalam sebuah kajian, 45 sukarelawan mengalami penurunan paras kolesterol sebanyak 17%, selepas mereka mengambil buah avocado hanya untuk satu minggu.
6. Memelihara kesihatan jantung
Satu cawan avokado mengandungi 23% kandungan folat daripada nilai harian yang disyorkan. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil diet kaya folat mempunyai risiko yang lebih rendah daripada mendapat penyakit jantung daripada mereka yang tidak. Kandungan vitamin E, lemak tak tepu tunggal dan glutathione yang terdapat dalam buah avokado juga bermanafaat besar bagi jantung anda.
7. Mencegah strok
Kandungan folat yang tinggi dalam buah avokado juga dapat memberi perlindungan terhadap strok. Mereka yang makan diet kaya folat mempunyai risiko lebih rendah terkena strok daripada mereka yang tidak.
8. Penyerapan nutrisi lebih baik
Kajian telah mendapati bahawa nutrisi tertentu diserap lebih baik bila dimakan dengan avokado. Dalam sebuah kajian, ketika peserta makan salad yang mengandungi avokado, mereka dapat menyerap lima kali jumlah karotenoid (kumpulan nutrisi yang merangkumi lycopene dan beta karoten) daripada mereka yang tidak termasuk avokado.
9. Sumber glutathione
Avokado merupakan sumber glutathione yang sangat baik iaitu satu agen antioksidan yang penting yang menurut para penyelidik, ia penting dalam mencegah penuaan, kanser, dan penyakit jantung.
10. Sumber vitamin E
Buah avokado adalah sumber terbaik vitamin E, yang merupakan vitamin penting untuk melindungi badan terhadap banyak penyakit dan membantu menjaga kesihatan secara keseluruhan.
Walaupun terdapat pelbagai khasiat buah, daun, biji dan kulit pokok avokado, namun begitu penggunaannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan agar kemudharatan di kemudian hari dapat dielakkan.