Welcome To My Blog ! Follow me or go Home ?


MY WORLD (DUNIA SAYA)


Buah betik dan kebaikannya.
Monday, 1 April 2013 | 21:14 | 0 Comments
Assalamualaikum.Anda suka makan
buah betik ke? Selain dari rasa yang manis dan banyak biji. Namun buah betik banyak kebaikan dari daun,buah,getahnya juga boleh digunakan pada tumit yg pecah.





Betik sangat berkhasiat jika dimakan. Betik yang sudah masak mengandungi 85% lembapan, 14% karbohidrat, 7.7% gula, 19, 6 dan 61 miligram per 100 gram kalsium, fosforus dan vitamin C. Sebenarnya setiap bahagian pokok betik dikatakan mempunyai kegunaan mereka tersendiri.



Buah betik mempunyai pelbagai khasiat. Enzim papain yang terdapat di dalam buah betik dikatakan dapat menolong dalam proses pencernaan protein sekaligus mengurangkan kandungan asid di dalam badan anda. Bagi anda yang mempunyai rasa senak disebabkan angin yang terkumpul di dalam usus, eloklah anda mencuba untuk memakan buah ini untuk menghilangkan angin di dalam badan.

Bagi mereka yang mengalami masalah berkaitan dengan masalah kulit seperti jerawat, masalah kedutan di muka, psoriasis dan eczema, buah betik ini dapat membersihkan dan memecahkan sel-sel mati di kulit anda. Caranya mudah sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah menghancurkan buah betik tersebut kemudian tampalkan ia di tempat yang bermasalah selama setengah jam.

Bagi pesakit tekanan darah tinggi pula anda juga boleh memakan buah betik setengah jam sebelum sarapan untuk memeriksa tekanan darah anda.




Buah betik mempunyai kelebihan dari segi perubatan sejak zaman kuno lagi. Bukan sahaja merupakan buah yang mudah untuk dihadamkan tetapi ia juga membantu dalam proses pencernaan. Buah betik masak juga dikatakan mampu bertindak sebagai tonik yang baik bagi pembesaran kanak-kanak, untuk wanita hamil dan juga ibu yang menyusui bayi mereka. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.

Betik boleh mencegah penyakit kandung hempedu.

Selain mengandungi vitamin C yang tinggi, iaitu dua kali ganda kandungan vitamin C di dalam buah limau, betik juga boleh mencegah penyakit yang di namakan kandung hempedu. Ini merupakan hasil kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih daripada 13 ribu orang. Setelah menganalisis kadar darah sukarelawan, para pengkaji mendapati bahawa mereka yang mempunyai kadar vitamin C yang rendah, akan mengalami risiko menderita penyakit kandung hempedu yang tinggi. Walaupun sumber vitamin C boleh didapati daripada pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah betik dalam ukuran sederhana (±280 gram) mengandungi 88 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini ialah jumlah yang amat besar. Penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang wanita berbanding lelaki, oleh itu amalan makan betik amat baik untuk kaum wanita.

Mengurangkan keradangan

Betik mempunyai beberapa enzim protein pencernaan unik termasuklah papain dan chymopapain. Dipercayai enzim ini mampu membantu mengurangkan keradangan dan dapat merangsang penyembuhan akibat kesan terbakar. Sebagai tambahan, khasiat antioksida di dalam betik termasuklah vitamin C, E dan beta karotena juga amat baik dalam mengurangkan keradangan. Papain di dalam betik muda juga dikatakan amat berguna dalam masalah kekurangan jus gastric, mucus tidak elok yang berlebihan di dalam perut, dyspepsia dan keradangan usus. Buah yang masak pula jika dimakan selalu, mampu mengurangkan masalah sembelit, hemoroid atau buasir, najis yang berdarah dan kronik. Jus yang dihasilkan daripada biji betik juga dikatakan berguna dalam merawat dyspepsia dan najis berdarah.

Membantu peredaran haid yang teratur

Buah yang belum masak dikatakan elok dimakan oleh wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur. Ia juga mampu mengecutkan struktur otot rahim dan sekaligus memastikan peredaran haid yang teratur.

Merawat sirosis hati

Biji betik pula dikatakan amat bernilai tinggi dalam merawat sirosis hati yang disebabkan oleh alkoholisme, kekurangan zat dan pelbagai sebab lain. Satu sudu jus biji betik yang dikisar dan dicampurkan dengan 10 titis jus limau dikatakan boleh diambil sekali atau dua kali sehari selama kira-kira sebulan sebagai ubat bagi penyakit ini.

Merawat penyakit tekak

Jus betik yang dicampurkan dengan madu pula dikatakan boleh digunakan dalam merawat tonsil yang kemerahan akibat difteria dan penyakit tekak yang lain. Ramuan ini dikatakan mampu mencairkan membran dan menghalang jangkitan daripada merebak.

Merawat tumit pecah

Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Satu daripada rawatan tradisonal bagi mengubati masalah ini adalah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu di bahagian tumit yang pecah. Namun begitu elakkan daripada terkena mata kerana getah muda ini akan mengakibatkan mata gatal dan bengkak seperti digigit serangga.

Past | Future