Welcome To My Blog ! Follow me or go Home ?


MY WORLD (DUNIA SAYA)


Khasiat Kacang Bendi
Tuesday, 30 April 2013 | 02:02 | 0 Comments
Assalamualaikum semua. Kawan-kawan suka makan kacang bendi ke?
Saya pun suka makan kacang bendi.
Nak tahu khasiatnya? Jom kita baca
serba sedikit tentang "Kacang Bendi"

Air rebusan biji,akar, serta bunganya jika disapu pada pelbagai kudis dan bisul, mujarab juga. Lendir yang terdapat dalam buahnya boleh melembutkan kulit.

Air rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong dan hidung.

Bendi merupakan sejenis buah yang dimakan sebagai sayuran yang banyak ditanam di negara-negara ASEAN yang beriklim panas lembap. Bendi yang ada di Malaysia kini dipercayai berasal dari Afrika Tengah dan banyak di tanam di negeri Johor, Perak, Kelantan serta Pulau Pinang. Di Johor sahaja seluas 390 hektar di tanam pada tahun 2008 iaitu daripada jumlah tersebut seluas 90 hektar ditanam di daerah Muar dengan pengeluaran sebanyak 1,620 metrik tan setahun. Bendi banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia berasal dari sebuah tempat yang kini termasuk dalam Habsyah. Sebelum ini, bendi dikelaskan dalam genus Hibiscus, tapi kini telah ditukar kepada Abelmoschus.
Bendi sesuai ditanam sebagai komoditi komersial dan tanaman keliling rumah dalam pasu atau polibeg sebagai satu program Bumi Hijau.


Bendi dipercayai berasal dari kawasan Asia Tenggara dan telah ditanam merata dunia termasuk Afrika, India dan Brazil. Kebanyakan bendi diguna segar sebagai sayuran (segar mentah, rebus atau goreng) dan dibuat jeruk. Biji bendi boleh di buat serbuk kopi sementara daunnya untuk makanan ruminan dan batangnya diproses jadi serat.
Bendi yang juga dipanggil kacang lendir ialah sejenis sayuran yang biasa kita dapati di pasar. Sayur bendi selain enak untuk dimakan secara goreng, juga amat sedap dicampur ke dalam kari ikan. Lebih-lebih lagi kari ikan “tongkol”.


Di sebelah negara Barat, diyakini bahawa kacang bendi dapat membantu:

- Mencuci hati

-Menstabil kandungan gula dalam darah

- Melicinkan bahagian dalam usus besar

-Mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.

- Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.

-Ada yang mengatakan kacang bendi adalah baik untuk yang murung atau keletihan.

-Merawat ulcer dan mengurangkan kekejangan pada sendi.

- Sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan.

-Mengurangkan radang paru-paru dan sakit kerongkong .

Bendi kaya dengan kalsium, mengandungi 7% kabohirat , 90% air , 2% protein, dan 1% serabut, garam galian dan Vitamin B.

Jadi amalkan makan kacang bendi ni yer :)

Past | Future