Welcome To My Blog ! Follow me or go Home ?


MY WORLD (DUNIA SAYA)


5 Jenis Makanan Yang Paling Banyak Menyumbang Ke Arah Kanser.
Thursday, 27 June 2013 | 22:05 | 0 Comments
Assalamualaikum semua.Bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk berkongsi info untuk kesihatan.
Kesihatan adalah amat penting di dalam kehidupan kita.Jika kita tidak sihat, apa- apa pekerjaan susah untuk dilakukan. Jadi jagalah kesihatan kita sebelum terlambat. Berikut saya ada menulis tentang makanan yg menyumbang ke arah kanser. Jom baca :)



5 Makanan Yang Paling Banyak Menyumbang Ke Arah Kanser

Kanser adalah pembunuh nombor satu rakyat Malaysia. Tetapi sebenarnya kita sendiri yang membunuh diri kita dengan mengamalkan gaya pemakanan yang kurang sihat. Berikut adalah makanan yang menyebabkan penyakit kanser dan kita patut kurang memakannya.

1. Hot Dog

Kerana hot dog mempunyai kandungan nitrat yang tinggi. Pakar Pencegahan Kanser menyarankan bahawa kanak-kanak makan tidak lebih dari 12 hot dog sebulan. Jika anda tidak dapat hidup tanpa hot dog, beli yang dibuat tanpa natrium nitrat.

2. Daging telah di proses.

Juga tinggi dalam natrium nitrat yang sama ditemui pada hot dog dan daging telah di proses boleh juga meningkatkan risiko penyakit jantung. Lemak tepu pada daging juga menyumbang untuk kanser.

3. Donat

Donat adalah penyebab kanser berganda. Pertama, ia dibuat dengan tepung putih, gula, dan minyak hidrogenasi, kemudian di goreng pada suhu yang tinggi. Donat, mungkin makanan yang terburuk yang mungkin anda makan untuk meningkatkan risiko kanser.

4. Kentang goreng

Seperti donat, kentang goreng yang dibuat dengan minyak terhidrogenasi dan kemudian digoreng pada suhu yang tinggi. Ia juga mengandungi penyebab kanser iaitu asid amida acryl yang terjadi selama proses menggoreng.

5. Kerepek, keropok dan biskut

Semua biasanya dibuat dengan tepung putih dan gula. Bahkan pek yang tertulis label bebas trans-lemak secara umumnya mengandungi sejumlah kecil trans-lemak.

Past | Future