8 Perkara Jangan Buat Selepas Makan!
Thursday, 11 July 2013 | 20:54 | 0 Comments
Assalamualaikum semua. Hari ini saya nak share tips yg penting untuk kesihatan kita :)8 perkara JANGAN buat selepas makan
Tabiat pemakanan kita pada hari ini akan memberi kesan yang sangat besar apabila kita semakin berusia kelak. Apabila membabitkan soal makanan, sebenarnya banyak peraturan yang harus dipatuhi bagi memastikan kita kekal sihat dan terhindar dari pelbagai penyakit. Mungkin kita tidak sedar terdapat beberapa perkara yang dilakukan selepas makan akan memudaratkan tubuh badan kita. Berikut dikongsikan 8 larangan selepas makan yang baik untuk diamalkan bersama:
1. Jangan makan buah-buahan
Makan buah-buahan sejurus selepas mengambil makanan berat akan menyebabkan perut kembung. Untuk pemakanan yang lebih sihat, buah-buahan boleh diambil 1 hingga 2 jam selepas makan atau seeloknya 1 jam sebelum makan.
2. Jangan minum teh
Elakkan minum air teh khususnya teh ais sejurus selepas makan. Daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi, ia akan menyebabkan kandungan protien dalam makanan yang dimakan sukar untuk dihadam.
3. Jangan minum ais
Minum air yang mengandungi ais sebelum, semasa dan selepas makan akan melambatkan proses pencernaan perut kerana air sejuk akan membekukan makanan berminyak yang baru dimakan. Apabila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran sehingga menyebabkan lemak berkumpul dan mengundang pelbagai penyakit terutama kanser dan serangan jantung.
4. Jangan merokok
Kajian daripada pakar menunjukkan bahawa kesan menghisap sebatang rokok selepas makan sama kesannya dengan menghisap 10 batang rokok. Ia menyebabkan risiko untuk mendapat pelbagai penyakit lebih tinggi. Walaubagaimanapun, merokok tetap membahayakan kesihatan, berhenti merokok adalah lebih baik.
5. Jangan banyak berjalan
Hakikatnya berjalan kaki elok untuk kesihatan jantung, tetapi pada masa yang sama ia tidak elok untuk penghadaman makanan. Berjalan akan menyebabkan kesukaran bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang diambil.
6. Jangan melonggarkan tali pinggang
Melonggarkan tali pinggang selepas makan secara tiba-tiba boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat. Kes sebegini kerap dilakukan kerana berasa terlalu kenyang selepas makan. Jika ingin longgarkan tali pinggang, seeloknya lakukan sebelum makan.
7. Jangan mandi
Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ia bukan sahaja akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut malah boleh membuat kita buncit.
8. Jangan terus tidur
Jangan terus tidur atau baring sebaik sahaja selepas makan. Selain akan menyebabkan kenaikan berat badan ia juga boleh mengundang gastrik di dalam usus kerana ketika tidur, penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik.
Ingat, kesannya akan terlihat selepas jangkamasa panjang. Jadi lebih baik kita menghindarkannya daripada menanggungnya.