Khasiat Minyak Zaitun.
Thursday, 18 July 2013 | 21:44 | 0 Comments
RAWATAN PELBAGAI PENYAKIT
Hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus. Sementara Bapa Kedoktoran Moden, Socrates menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan.
Paras asid minyak zaitun yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku.
Minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual.
Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit. Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung.
Menurut Ibnu al-Qayyim, minyak zaitun adalah penyeri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal-gatal dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.
Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal.
Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung. Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh “Harvard School of Public Health” dan “Athens School of Public Health” mendapati amalan mengambil minyak zaitun sebanyak tiga kali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser.
Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti “Germans Trias Pujol” di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari “Institute of Health Science” membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China.
Dunia moden pada hari ini, melalui kajian-kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.
Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative’ dan menyingkirkan cacing di dalam badan. Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat.
Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda,
"Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulit. Ia membantu mengubati tujuh puluh penyakit dan juga penyakit Juzam (kusta)."
Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah S.W.T. ke atas hamba-hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al-Quran, malah pakar-pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya. Minyak zaitun berkualiti tinggi, khasiat zaman berzaman dan berusia melebihi 6,000 tahun.
Jadikanlah minyak zaitun sebagai diet amalan atau rutin harian. Hanya minyak zaitun yang mempunyai sekurang-kurangnya 75% oleic acid (tulen/pure) yang boleh memberikan kita tahap kesihatan yang optimum iaitu ia bersifat merawat dan memulihkan
KHASIAT MINYAK ZAITUN
1. Membantu memberi kesuburan kulit wajah.
2. Membantu mencegah keracunan.
3. Membantu sistem penghadaman.
4. Membantu menyingkir parasit pada usus.
5. Membantu menyihatkan rambut dan menghilangkan kelemumur.
6. Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi.
7. Mengandungi bahan anti penuaan.
8. Membantu menguatkan tenaga batin.
9. Membantu mengatasi kesan melecur dan parut.
10. Sebagai bahan urutan yang membantu menguatkan organ, sendi dan otot serta melegakan sakit.
11. Membantu melegakan athritis dan sciatica.
12. Membantu menjauhkan kanser usus dan pelbagai kanser lain.
13. Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian.
14. Membantu menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis(pengerasan saluran arteri).
15. Membantu mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone),melalui penghasilan air hempedu yang banyak.
16. Membantu sistem penghadaman dan mengurangkan ulser perut.
17. Sebagai Antioksidan dan antikanser semulajadi.
18. Membantu keseimbangan metabolisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak).
19. Membekalkan vitamin E.
20. Membantu mengekalkan kecantikan (kulit dan rambut).
21. Membantu menstabilan asid lemak.
22. Membekalkan pelbagai vitamin untuk antipenuaan, tidak kurang daripada 24 jenis polyphenols(antioksidan).
23. Sebagai kegunaan masaj terapi.
24. Membekalkan omega 3, 6 dan 9 pada tubuh badan.
25. Mengubati penyakit resdung.
26. Mampu menghindari risiko kolon kanser,breast kanser..
27. Mengurangkan frekuensi hot flashes bagi wanita pre menopause
28. Bertindak sebagai natural painkiller.
29. Sebagai ubat sakit telinga.
30. Mengubati demam panas dengan berkesan tanpa mengambil antibiotik.
31. Bertindak sebagai kolagen asli semulajadi yang bersumberkan tumbuh-tumbuhan.
32. Membantu memecahkan batu karang.
33. Memelihara organ hati dengan dengan baik dari radang dan serangan penyakit hepar.
34. Membantu merawat penyakit eczema, radang kulit (psiorisis).
35. Merawat penyakit kencing tak lawas( tak tus).
36. Merawat penyakit gula dalam darah yang tinggi (diabetes).
37. Merawat penyakit kolesterol dalam darah seperti darah tinggi dan jantung.
38. Sebagai rawatan penyakit ulser dalam mulut.
39. Rawatan bagi penyakit sendi dan tulang.
40. Rawatan bagi penyakit asthma, bronkiolitis.
41. Rawatan bagi penyakit angin ahmar/stroke.42. Rawatan penyakit kusta/sopak.
43. Bertindak sebagai anti viral, anti bacterial, anti fungal.
44. Bertindak menghasilkan hormon pancreatic diorgan pankreas dengan optimum.
45. Sangat baik dari segi kognitif iaitu memberi kekuatan ingatan dan pertuturan yang lancar.
46. Mampu memberhentikan pendarahan yang kronik.
47. Mampu mengurangkan berat badan dengan mengurangkan nafsu/selera makan.
48. Meningkatkan kadar metabolisme ke paras yang optimum bagi membentuk tubuh badan yang sihat.
49. Bertindak memperbaharui sel-sel mati.
50. Bertindak sebagai penapis ultra violet pada kulit serta melembutkan dan melembapkan kulit dari kekeringan.
51. Mampu mengelakkan penyakit kanser kulit.
52. Membantu meninggikan tahap sistem immunisasi badan.
53. Mengurangkan rasa kelesuan/keletihan, memberi kekuatan tenaga.
54. Mampu mengurangkan simptom post menopause.