Khasiat Kacang Botol.
Friday, 23 August 2013 | 22:00 | 1 Comments
Assalamualaikum.. Bersua kita kembali.Dah lama jugak saya tak menulis blog.Maklumlah kadang- kadang sibuk..Kawan- kawan suka makan kacang botol ke? Biasanya muda- mudi sekarang susah nak makan ulam2 ni.Tapi diorang tak tahu khasiatnya banyak.Walaupun ulam baik utk kesihatan dan mengandungi antioksida utk awet muda,pengambilan tidak boleh dlm kuantiti yg byk sebab mempunyai tahap kalium yg tinggi dan merbahaya bagi pengidap buah pinggang.
Diantara khasiat Kacang Botol ialah:
-kacang botol muda mempunyai banyak kalsium,besi dan vitamin A.
-Ia mempunyai banyak protein.
-Daunnya mempunyai 5-7% protein,vitamin A,vitamin C dan garam galian.
-Kandungan asid amino kacang botol adalah sama dengan kacang soya.
-Kacang botol dapat mengubati serangan demam campak.
-Akar kacang botol dapat mengubati penyakit vertigo.
-Air bancuhan daun kacang botol dapat digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah.
-Daun kacang botol ini juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit.
-Kacang botol mengandungi 30% kandungan karbohidrat.
Kacang botol biasanya tumbuh secara segar walaupun
tidak dibaja dan hidup di tanah yang kurang subur. Ini kerana akar
kacang botol menghasilkan banyak bintil yang mengandungi bakteria
pengikat nitrogen. Hubungan simbiotik antara akar kacang botol dengan
bakteria dapat hidup dalam bintil-bintil yang boleh mencapai sebesar
1.5 cm ukuran garis pusat. Hasil pengikatan nitrogen atmosfera terhadap
bentuk sebatian nitrogen menjadi baja bagi kacang botol.
Biji kacang botol yang masak mempunyai nilai
pemakanan yang paling menarik. Manakala buah kacang botol yang muda
pula mengandungi 1-3 % protein. Nilai kandungan protein yang terdapat
pada kacang botol lebih tinggi jika dibandingkan dengan sayur-sayuran
tropika yang lain yang daripada jenis kekacang. Selain itu, kandungan
asid amino dalam kacang botol juga mempunyai persamaan dengan kacang
soya.
Kandungan asid oleik dan linoleik berjumlah 67 %
daripada jumlah penuh komponen asid lemak. Asid tepu pula berjumlah 29
%. Nisbah asid lemak tepu atau tidak tepu ialah 1:3. Kandungan
tokofenol, garam galian fosforus, zink, dan kalsium adalah tinggi.
Manakala ubi kacang botol yang segar mengandungi 8-10 % protein, tetapi
kandungan asid aminonya adalah rendah. Kacang botol pula mengandungi 30
% kandungan karbohidrat.
Pokok kacang botor amat berguna kerana hampir semua bahagian tumbuhan ini boleh dimakan:
Lenggai mudanya yang digunakan sebagai sayur atau ulam merupakan bahagian tumbuhan yang paling banyak dimakan, dan boleh dituai dalam tempoh 2-3 bulan selepas penanaman.
Buah yang muda dan lebut dijadikan sayur mentah, digoreng, dibuat kerabut atau jenis makanan lain dan ia mempunyai rasa yang hampir sama dengan pucuk asparagus.
Bunga sering digunakan untuk mewarnakan beras dan pastri.
Daun muda boleh dimasak sebagai sayur daun dan rasanya hampir serupa dengan daun bayam.
Ubinya yang mempunyai perisa seperti kacang tanah boleh digunakan sebagai sayur berubi dan ia hampir serupa dengan ubi kentang.
Akar pokok ini lebih kaya protein berbanding ubi kentang.
Biji yang masak telah diiktiraf sebagai makanan yang berkhasiat kerana mengandungi banyak protein seperti kacang soya.
Biji kacang botor boleh diproses seperti kacang soya iaitu dijadikan pelbagai produk yang boleh dimakan atau diminum.