Welcome To My Blog ! Follow me or go Home ?


MY WORLD (DUNIA SAYA)


Kebaikan Sayur Bayam.
Friday, 13 September 2013 | 21:40 | 0 Comments

Bayam ialah tumbuhan dalam kelas sayuran. Ia adalah tanaman yang banyak terdapat di Malaysia. Terdapat 2 jenis bayam yang utama dimakan di Malaysia iaitu bayam hijau dan bayam merah. Bayam adalah daripada keluarga Amaranthaceae. Ia kaya dengan Vitamin A, Vitamin B , Vitamin C dan zat-zat galian seperti zat besi (Fe), fosforus (P), kalium (K), mangan (Mn) dan zink (Zn). Di Malaysia, bayam ditanam untuk tujuan pasaran domestik dan sebahagiannya untuk diekspot ke Singapura dan Brunei.


Kandungan zat makanan bayam setiap 100 gram bayam mengandungi B-carotene (4-8 mg), Vitamin C (60-120 mg), Zat Besi Fe (4-9 mg), Kalsium (300-450 mg) dan serat. Kandungan Asid Folic dan serat yang tinggi (20-30%) sangat sesuai untuk kesihatan.[3] Bayam kaya dengan zat mineral seperti kalsium, zat besi & kalium. Bayam cukup turut kaya dengan sumber vitamin C dan beta karotena.


Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang menghidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati.


Mencegah kanser / barah-Kandungan flavanoid dalam bayam mampu mencegah kanser kolon,ovari dan kanser paru-paru.


Penambah darah-Bayam merah dikatakan merupakan sumber zat besi, mineral yang amat penting bagi wanita yang kehilangan darah akibat haid kerana wanita berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi dalam badan.

Kesihatan jantung-Bayam boleh membantu mengekalkan degupan jantung normal disebabkan khasiat lutein, folat, kalium dan serat.


Kesihatan mata-Bayam merupakan sumber lutein, karotenoid yang dipercayai membantu melindungi mata terhadap katarak. Bayam juga kaya akan vitamin A, yang sangat bermanfaat untuk penglihatan.


Kesihatan kulit-Jumlah vitamin A dan vitamin B yang tinggi pada bayam juga menjadikan kulit sihat.Pengambilan bayam yang kerap dikatakan mampu mencegah kanser kulit.


Untuk ibu hamil-Bayam mengandungi vitamin A dan zat folat yang sangat baik untuk ibu hamil.Dengan pengambilan bayam yang kerap dapat membantu proses pembentukkan paru-paru pada janin dan pembentukkan sistem saraf yang lengkap


Untuk kesihatan tulang-Bayam dapat mencegah terjadinya osteoporosis yang sangat ditakuti oleh golongan berusia.Bayam mengandungi vitamin K yang membantu dalam penyerapan kalsium oleh tulang dan menjadikan tulang kuat.


Banyak manfaat dan khasiat yang kita perolehi jika kita banyak makan sayur-sayuran ni,jadi rajin-rajinlah makan sayur :)

Terima kasih sudi baca ^_^
Assalamualaikum semua.






Past | Future