Welcome To My Blog ! Follow me or go Home ?


MY WORLD (DUNIA SAYA)


Daun Celery
Friday, 6 December 2013 | 23:32 | 0 Comments
Celery adalah sayur  berserat/berfiber tinggi yang rangup dan telah di tanam  sejak dahulu kala lagi. Ia nya ditanam sebagai bahan berunsur perubatan. Dizaman moden ini ianya menjadi sebahagian diet diselurh dunia. Celery adalah dari keluarga pokok dill, karot, fennel dan parsli.
Bila ditanam pelepah dan daun  celery berwarna hijau dan berbunga putih.Berbunga bila tiba musimnya.

Celery kaya dengan vitamin C, mengandungi bahan dan  serat  yang dapat merendahkan tekanan darah tinggi  dan kolestrol, dan banyak lagi.
Ianya elok dimakan mentah atau dibuat jus. Lagi sedap dicampur dengan karot. Diminum terus apabila diblender dengan sedikit ais. Supaya khasiat tidak luput bila terdedah diudara(dioksidakan).
Ia elok diminum untuk pengidap darah tinggi dan untuk orang yang mudah stress. Kandungan Phatalide didalam celery dapat membantu meredakan penghasilan hormon stress didalam badan. Dengan itu saluran darah ke jantung dapat mengalirkan oksigen dan darah dengan tekanan yang rendah. Phtalide  memberi kesan yang berupaya melancarkan pengaliran yang sihat.Amat elok untuk kesihatan jantung dan kolestrol didalam jantung(termasuk plak didalam jantung).

Untuk penjagaan rambut pula, anda boleh cuba cara berikut:
- Ambil segenggam daun seledri segar, basuh dan potong kecil.
- Tambahkan sedikit air dan ramas daun seledri hingga hancur dan keluarkan sari patinya.
- Basuh rambut terlebih dahulu. Kemudian sapukan ramasan daun seledri tadi ke seluruh rambut dan lakukan urutan lembut. Biarkan beberapa minit sebelum dibilas.
- Ia bukan sahaja membantu menyuburkan dan menghitamkan rambut, tetapi juga mengatasi masalah kegugura rambut.

Jus Apple Celery, sangat baik untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman. Penyediaan nya cukup mudah, hanya perlu kisarkan epal hijau dengan batang saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Boleh juga jika ingin tambahkan sedikit perahan lemon. 




Past | Future