Welcome To My Blog ! Follow me or go Home ?


MY WORLD (DUNIA SAYA)


Rahsia Buah Lemon.
Friday, 6 December 2013 | 22:59 | 0 Comments
Lemon sering digunakan untuk masakan dan perubatan.  Tahukah anda lemon mampu untuk mencegah kencing manis dan batu karang?  Lemon juga baik untuk perut terutama apabila berhadapan maslah pencernaan dan boleh melegakan pedih ulu hati, kembung perut, sakit tekak, mengawal tekanan tekanan darah tinggi, pening dan loya. Ia juga boleh mengimbangi pH badan, meningkatkan system imun, menyah toksik, membersih darah dan usus serta bertindak sebagai antibakteria.

 Dengan ciri antibakteria semulajadi, perahan air lemon dalam minuman dan makanan dapat membunuh bakteria tidak baik dan mempercepatkan proses penyembuhan.  Minuman Jus lemon kini menjadi satu ‘trend’  sebagai minuman sihat di waktu pagi. Jus lemon yang dicampur air suam dan madu dapat membantu mengurangkan berat badan anda! Jadikan minuman jus lemon sebagai minuman harian anda. Banyak khasiatnya buah yang kaya vitamin C ini.


Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

 Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan 'pembersihan' yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.

Kebaikan Buah Lemon:

1. Kaya dengan vitamin c
2. Baik untuk perut apabila berhadapan dengan masalah pencernaan
3. Membantu melegakan pedih ulu hati
4. Melegakan masalah kembung perut dan sendawa
5. Menghilang sakit tekak
6. Mengawal tekanan darah tinggi
7. Membantu masalah pening dan loya
8. Membantu mengimbangi pH badan
9. Meningkatkan sistem imun
10. Menyah toksik
11. Membersihkan darah dan usus
12. Bertindak sebagai antibakteria
13. Mencegah kencing manis
14. Membantu masalah sembelit

15. Mencegah batu karang
16. Membantu mengurangkan berat badan

Tips mengurangkan berat badan
* jus lemon + madu + air dan minum= berat turun*


Past | Future