Welcome To My Blog ! Follow me or go Home ?


MY WORLD (DUNIA SAYA)


Biji Bijan.
Friday, 10 January 2014 | 00:48 | 0 Comments
Kebaikan Bijan Untuk Kesihatan :)


Pokok bijan tumbuh menegak setinggi 1 meter dan mengeluarkan bunga kecil berwarna putih keungguan serta berbau harum. Secara komersialnya, bijan ditanam untuk mendapatkan bijinya sahaja. Pokok bijan akan dipotong dan dikeringkan. Kapsul biji yang telah kering akan digoncangkan untuk mengeluarkan bijinya. Kulit bijinya pula perlu dibuang sebelum digunakan kerana rasanya agak pahit dan tidak dapat diekstrak oleh sistem badan manusia. (Dengan kata lain ia mampu mengikis usus perut kita).

Terdapat 3 jenis biji bijan di dunia ni iaitu hitam, putih dan merah. Antara ialah:

Jenis Bijan Hitam

- Dapat menghasilkan kualiti minyak yang terbaik.
- Amat sesuai untuk tujuan perubatan

Jenis Bijan Putih

- Kaya denga kalsium
- Amat berguna kepada mereka yang mampunyai masalah kekurangan kalsium

Jenis Bijan Merah

- Kaya dengan zat besi.

Biji-bijian bijan ini kaya dengan vitamin A dan E, protin dan lemak.
Juga mengandungi 55% minyak yang amat pepular dalam masakan cina.

Khasiat Minyak Bijan

- Mampu melegakan dan melembutkan kulit
- Boleh dijadikan tonik berkhasiat
- sebagai ubat julap
- sebagai ubat diuretik (ubat yang dapat mempercepatkan pembentukan urin)
- menghitamkan rambut
- mengatasi masalah rambut kering
- masalah rambut beruban
- mampu menguatkan tubuh badan
- baik untuk hati dan limpa manusia
- Sebagai bahan ganti untuk minyak zaitun untuk kegunaan luar
- sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kekurangan darah.


Tidak dapat dinafikan bijan mempunyai banyak kegunaan selain digunakan sebagai bahan untuk membuat pelbagai jenis roti dan kuih-muih. Ramuan yang dihasilkan daripada daun dan akar pokoknya juga boleh dijadikan sebagai pencuci rambut.


Tahukah anda, setengah cawan biji bijan mengandungi kalsium tiga kali lebih banyak daripada setengah cawan susu asli?

Selain menjadi sumber makanan yang sangat baik untuk kalsium, ia juga mengandungi banyak bahan lain yang baik seperti mangan, tembaga, magnesium, besi, fosforus, vitamin B1 (thiamin), zink, vitamin E, protein yang sihat, dan serat.


Biji bijan juga mengandungi sesamin dan sesamolin, dua zat yang berkesan untuk mengurangkan kolesterol, mengelakkan tekanan darah tinggi dan melindungi hati daripada kerosakan oksidatif.


Khasiat yang diberikan oleh bijan terutamanya bijinya amat banyak. Bijinya dikatakan mampu memberi kebaikan kepada tubuh tertamanya kepada buah pinggang, limfa, usus dan hati. Biji bijan dikatakan kaya dengan besi, kalsium, magnesium, zink, tembaga, mangan, fosforus, protein, vitamin E, vitamin B1, serat, dan asid phytic. Biji bijan juga mengandungi dua bahan unik iaitu sesamin dan sesamolin. Kedua-dua bahan ini termasuk dalam kumpulan serat istimewa yang dikenali sebagai lignans yang telah menunjukkan kesan dalam merendahkan kolesterol kepada manusia, dan untuk mencegah tekanan darah tinggi dan meningkatkan bekalan vitamin E terhadap haiwan.


Sesamin juga dikatakan mampu melindungi hati daripada kerosakan oksidatif. Komponen ini juga merupakan sumber baik omega-6, dan asid lemak mono tak tepu yang berupaya mencegah pembentukan selaput pada arteri dan menganjalkan kulit.


Bijan amat kaya dengan arginine. Oleh itu biji bijan membantu menghalang pembentukan tumor, membantu menghapuskan toksik dalam hati dan buah pinggang, dan mampu memperbaiki system imun. Ia juga dikatakan mampu meningkatkan kesuburan.

Biji bijan juga amat berkesan dalam pembesaran dan pemejalan payudara wanita. Biji bijan ini boleh dimakan apabila dicampur dalam makanan atau minyaknya boleh disapu pada payudara.




Past | Future