Welcome To My Blog ! Follow me or go Home ?


MY WORLD (DUNIA SAYA)


Asam Gelugur dan khasiatnya :D
Friday, 28 February 2014 | 02:00 | 0 Comments
Asam gelugur atau nama botaninya Garcinia cambogia merupakan buah  yang dikatakan berasal dari India dan Asia Tenggara ini juga dikenali eksotik berwarna kuning dan berbentuk seakan buah labu. Buah yang dengan nama Malabar tamarind, brindle berry dan juga asam keping terutamanya setelah buahnya dikeringkan. 

Pokok asam gelugur boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Batang pokok mempuyai kulit berwarna kelabu yang licin dan dahannya mencecah sehingga ke tanah. Daun pokok asam gelugur berwarna hijau gelap, berkilat, panjang sehingga ke penghujung daun. Bunganya berwarna merah. Buah yang sudah masak berwarna kuning dan selalunya akan dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan atau direbus dalam gula dan dimakan sebagai jeruk. 

Pokok yang tergolong dalam keluarga Guttiferea ini telah mendapat perhatian luas semenjak kebelakangan ini kerana dikatakan isi buahnya yang telah direbus dan kemudian diminum airnya, dikatakan mampu dijadikan sebagai bahan untuk mengurangkan berat badan. Alasan yangdiberikan adalah, buah asam gelugur kaya bahan yang dipanggil asid hydroxycitric atau HCA. 


Apa khasiat asam gelugur?
1. Amalan  memakan daun, bunga atau buah asam gelugur dikatakan dapat menurunkan darah tinggi, merawat kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung.
2. Buah, bunga dan pucuknya boleh bertindak sebagai antioksidan dan boleh membuat pengamalnya kelihatan sentiasa awet muda, dan menggalakkan selera makan. Pucuk mudanya enak dimakan dengan budu, cencaluk dan sambal belacan.
3. Asam gelugur boleh dibuat jus minuman dan dapat membantu mengurangkan kolesterol dalam badan.
4. Air rebusan asam gelugur boleh diminum untuk meredakan demam panas. 
5. Kepingan asam gelugur yang lembut selepas direndam boleh melegakan kesakitan gusi sekiraya dtampal atau diselitkan di celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10-15 minit.
Buah asam gelugur yang telah siap diproses sering dijadikan bahan perisa dalam masakan Melayu serta dijadikan bahan untuk menghilangkan rasa atau bau hanyir yang terdapat pada ikan atau daging. 







Past | Future