Welcome To My Blog ! Follow me or go Home ?


MY WORLD (DUNIA SAYA)


Mencegah Kanser Dan Mengubati Kanser Dengan Biji Aprikot Vitamin B17
Monday, 26 May 2014 | 18:07 | 0 Comments

KELEBIHAN BIJI APRIKOT VITAMIN B17 MENCEGAH DAN MERAWAT KANSER.


Dikawasan terpencil iaitu di pergunungan Himalaya, diantara Pakistan Barat dan India serta China, terletaknya satu kawasan yang dipanggil Hunza.  Masyarakat di sini terkenal di seluruh dunia tentang umur mereka yang panjang dan kesihatan mereka yang sangt baik pada usia lanjut. Umur yang mencecah lebih dari 100 tahun adalah biasa di sana.  Banyak kumpulan pakar kesihatan dari seluruh pelusuk dunia yang telah melawat masyarakat ini membuat laporan bahawa TIDAK PERNAH ada kes kanser di Hunza. Secara puratanya diet pemakanan masyarakat Hunza mengandungi lebih dari 200 kali ganda nitriloside jika dibanding dengan diet masyarakat di Amerika.  Malah, di Hunza, kekayaan seseorang dikira pada jumlah pokok aprikot yang dimilikinya!

Putera rajanya dengan gembiranya mengesahkan bahawa yang di sana rakyatnya sudah menjadi kebiasaan mereka makan 30-50 biji aprikot sebagai snek selepas makan tengahari. Kaum wanita di Hunza juga terkenal dengan kulit yang sangat halus sekalipun diusia yang lanjut. Secara umumnya, wajah mereka kelihatan 15 hingga 20 tahun lebih muda dari mereka dari negara lain yang sama usia dengan mereka. Mereka mendakwa bahawa rahsia kecantikan mereka ialah minyak aprikot yang mereka sapu pada kulit mereka setiap hari.

Vitamin B17 terdapat dalam banyak makanan, malangnya tabiat pemakanan kita hari ini dinegara yang membangun telah mengenepikan dan mengurangkan penggunaan B17 yang rasanya agak pahit. Masyarakat Hunza di Pakistan sangat baik tahap kesihatan mereka , satu perkara biasa bagi mereka hidup sehingga 100 tahun, dan dikatakan juga sangat jarang dijumpai kes penyakit kanser dikalangan mereka ini. Salah satu faktor utama kesihatan mereka adalah mereka minum air yang kaya dengan mineral dan tidak lupa juga amalan pengambilan makanan mereka. Salah satu makanan kegemaran dan keutamaan mereka ialah buah aprikot. Mereka tidak hanya makan buahnya tetapi juga biji yang terdapat di dalam buahnya sekali.


Terlalu banyak khasiat biji aprikot ini untuk kesihatan badan. Selain KANSER, khasiat biji ini juga untuk pesakit yang mengidap tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan atherosclerosis (punca kepada sakit jantung & strok!).

Selain mampu menurunkan tekanan darah tinggi (Dr. M. Haas, 2008), zat-zat yang terkandung di dalam biji aprikot terbukti berkesan menurunkan paras kolesterol di dalam badan manusia. Kenyataan ini telah dibuktikan oleh kajian klinikal yang dilakukan Prof Hanna Salman (melalui kajian klinikal & saintifik, 2012). Sebelum itu, hujah ini juga telah dibuktikan oleh kajian Diskerson & Gibson (2008). Dua kajian yang berasingan ini telah mengkaji bahawa amalan memakan biji aprikot (untuk dos yang telah ditetapkan) mampu menurunkan tekanan darah tingi dan menurunkan paras kolesterol di dalam badan manusia.

Tahukah kita bahawa tekanan darah tinggi dikenali sebagai silent killer! Kerana ia boleh meragut nyawa seandainya bacaan paras tekanan darah terlalu tinggi tidak dicegah/dirawat.

Biji aprikot merupakan kumpulan nut dan seed ( kekacang dan bijirin ). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya adalah kandungan khasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Apricot Organik . Dalam bahasa nutrient, Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini (kanser). Merupakan pembunuh senyap.


Amigdalin (Vitamin B17) dapat di perolehi didalam beratus-ratus jenis tumbuhan . Dalam diet pemakanan kita harus ada B17. jika tiada B17 dalam diet pemakanan anda boleh di hidapi penyakit kanser. Selain dari Apricot Kernels B17 juga boleh di perolehi dari badam pahit.


Terdapat banyak cara yang anda boleh gunakan untuk melawan kanser. Salah satu ialah dengan cara membina sistem imun supaya ia menjadi sangat kuat dan dapat melindungi anda dari kanser. Satu lagi adalah menggunakan supplement with antioxidants yang dapat melawan carcinogens dalam badan anda. Bagaimanapun, B17 menggunakan cara yang sangat unik. Yaitu secara langsung menyerang sel kanser ( directly attacks cancer cells). Maka hasilnya jauh lebih baik dari cara yang telah saya sebut di atas.

Kajian tentang Amigdalin yang pertama telah di keluarkan dikeluarkan seratus tahun dahulu. Telah disenaraikan dalam kamus-kamus farmakologi sejak dahulu lagi merupakan bahan yang tidak mengandungi toksik. Walau bagaimanapun dalam sebatian B17 terdapat satu unsur kimia yang dinamakan “cyanide“.ia adalah lengai secara kimia dan tidak berbahaya untuk normal tisu hidup.

Pekara yang sama juga dapat kita lihat dalam garam biasa. Garam sebenarnya terdapat dua unsur kimia didalamnya tetapi tidak bertindak balas dalam badan manusia, bahkan sangat diperlukan dalam badan manusia. Dua unsur kimia yang ada dalam garam adalah natrium dan klorida, maka sebab itu garam dalam istilah kimia disebut Natrium Klorida. Sebenarnya dalam garam ada satu sebatian kimia yang berbahaya “klorin”. Sudah tentu jika anda makan juga banyak garam pada satu masa anda akan sakit.

Pekara yang sama juga berlaku dalam apricot, Makan jangan berlebihan ikut peraturan yang telah di berikan. Bagaimanapun, amigdalin adalah kurang toksik daripada garam, dan jauh lebih selamat dari gula yang anda makan setiap hari.

Kita sedia maklum bahawa badan kita sentiasa mencipta sel kanser setiap masa. Biasanya sistem imun dapat membunuh sel kanser tersebut. Bagaimanapun pada saat anda berada dalam keadaan “stress” atau tubuh badan anda berada dalam kondisi yang sangat lemah dan sering terdedah dalam persekitaran karsinogen. Keadaan ini akan membuat sel kanser menjadi sangat kuat sehingga tidak mampu untuk dimusnahkan oleh sistem imun.

B17 dari Apricot seed akan bekerjasama dengan sistem imun dan membunuh sel-sel kanser secara langsung. Untuk pengetahuan anda pada Sel-sel kanser terdapat satu enzim yang dapat membuka “ikatan kimia” yang terpadu dalam B17 Apricot Seed yaitu cyanide. Maka cyanide akan di bebaskan dari ikatan kimianya yang terdapat dalam B17. Bila cyanide dibebaskan maka cyanide akan membunuh sel kanser. Secara lumrahnya sel yang sihat tidak terdapat enzim ini. Maka sebab itulah B17 tidak akan bekerja pada sel yang sihat. B17 hanya bertindak balas pada sel yang tidak normal dalam badan manusia termasuklah sel kanser, tumor, jerawat atau pun buasir.

Enzim yang terdapat dalam sel kenser dapat membuka kunci amigdalin maka terhasilah cyanide. Jika terdapat lebihan cyanide yang terhasil dari tindak balas metabolik badan yang berkanser dan cyanide tersebut memasuki aliran darah anda. Maka secara semulajadi akan dineutralkan oleh hati.

Hati (liver) berkerja dengan lebih kuat jika terdapat ada unsur toksin dalam badan anda. Sehingga anda dapat melihat kesan kerosakan hati akibat pembersihan toksin dalam badan. Tapi bukan kerosakan dari kanser. Maka jika tubuh kita terlalu banyak toksin dan tidak di keluarkan dari badan, besar kemungkinan kita bakal mengidap kanser hati pula.


Penyelidik-penyelidik di Imperial College London telah membuat ujikaji menggunakan cyanide untuk menghapuskan sel-sel kanser, hasil kajian, mereka mendapati cyanide atau apa-apa toksin yang berada di dalam darah dengan cepatnya dineutralkan oleh hati.

Amigdalin kadangkala dirujuk sebagai Vitamin B17 dan ditemui dalam nitriloside kaya dengan buah buahan dan tumbuh-tumbuhan. digunakan sebagai terapi utama, kecuali kepada mereka yang menjaga pemakanan yang baik, menjaga Ph tubuh dengan baik, tiada pencemaran toksin dalam badan. Telah digunakan untuk merawat penghidap-penghidap kanser dalam beberapa klinik di seluruh dunia.

Pada permulaan abad ke-21 adalah dijangkakan bahawa satu dari lapan orang di UK akan mendapat kanser payudara dan satu dari empat orang lelaki akan mendapat barah prostat. Jika termasuk kanser yang berlainan jenis, dijangkakan tiada keluarga yang bebas dari penyakit kanser.

Oleh itu cadangan memakan 10 - 12 Apricot kernels setiap hari, Insyaallah, seumur hidup anda terpelihara dari terkena penyakit kanser. Ini merupakan berita baik bagi mereka yang tercari-cari alternatif penjagaan diri. 





Past | Future