Terdapat satu kisah yang berlaku pada zaman
tabiin , seorang ulama sufi yang terkenal,
Ibrahim Adham pernah di tanya mengapakah
doa-doa mereka langsung tidak dimakbulkan
oleh Allah SWT.
Beliau menjawab,
“Terdapat 10 perkara kenapa doa-doa mereka
tidak di makbulkan oleh Allah SWT, antaranya ialah :
1. Kamu kata kenal Allah SWT tetapi kamu tidak
menunaikan hak-Nya (tanggung jawab kamu
kepadaNya.
2. Kamu membaca al-Quran, tetapi kamu tidak
beramal dengan ajarannya.
3. Kamu kata kamu kasihkan Rasulullah SAW,
tetapi kamu tidak beramal dengan sunnahnya.
4. Kamu kata syaitan itu musuh seterumu, tetapi
kamulah karibnya dan patuh padanya.
5. Kamu berdoa untuk masuk ke syurga Allah SWT,
tetapi kamu tidak beramal dengan amalan yang
membawa kamu ke syurga.
6. Kamu berdoa minta di jauhkan dari api neraka,
tetapi kamu beramal dengan amalan yang akan
mencampakkan kamu ke neraka.
7. Kamu kata mati itu benar, tetapi kamu tidak
bersedia untuk menghadapinya.
8. Kamu sibuk dengan keaiban saudaramu, tetapi
kamu lupa dengan keaiban dirimu sendiri.
9. Kamu memakan nikmat Allah SWT, tetapi kamu
tidak bersyukur kepada-Nya.
10. Kamu kuburkan saudaramu yang sudah mati,
tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.
======================================
---> DENGAN ITU, MAKA TAATLAH PADA ALLAH SWT,
-> beramallah dengan Al-Quran,
-> hidupkanlah amalan sunnah Rasulullah SAW,
-> perangilah syaitan dan kawal hawa nafsu
dengan penuh kesungguhan,
-> berjalanlah di atas jalan menuju ke syurga, dan
-> hindarilah dirimu dari masuk ke jalan ahli neraka.
Bersedialah untuk menghadapi maut, perbaikilah
keaiban dirimu. Banyakkanlah meminta ampun
(istighfar) dan bersyukur. Ingatlah kamu bahawa
setiap diri di ikat oleh maut. Insya Allah, jika engkau
demikian, maka doamu sentiasa di terima Allah SWT.”
======================================
Sahabat yang dirahmati Allah....
Marilah kita beramal dengan 10 amalan yang
dinyatakan oleh Ahli Sufi Ibrahim Adham kerana
kesemua perkara tersebut adalah ajaran Islam yang
sepatutnya kita beramal dan melaksanakannya
dalam kehidupan kita.
--->
Jika kita istiqamah dengan Islam, melaksanakan semua
perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya dan
mematuhi sunah Rasulullah SAW dan menjaga hubungan
kita sesama manusia maka yakinlah insya Allah doa-doa
kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT.